Sistem Pencernaan Manusia : Maksud, Proses, Fungsi Organ

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sistem pencernaan manusia merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam tubuh. 

Makanan yang telah dimakan perlulah melalui organ pencernaan khusus untuk penghadaman, penyerapan nutrien dan sisanya pula akan menjadi najis. 

Tahukah anda bagaimana sistem pencernaan manusia berfungsi? Ayuh kita semak bersama-sama. 

Maksud Proses Pencernaan 

Pencernaan merupakan proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil supaya nutrien daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam badan. 

Proses Sistem Pencernaan Manusia : Tahun 3

  1. Makanan yang dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang kecil supaya lembut dan mudah ditelan.
  2. Seterusnya, makanan daripada esofagus akan dibawa ke perut. 
  3. Makanan yang dicerna di dalam perut akan menjadi saiz yang lebih kecil. 
  4. Nutrien yang terkandung dalam makanan akan diserap ke dalam usus. 
  5. Pada peringkat akhir, makanan yang tidak diserap oleh badan akan berubah menjadi najis dan akan keluar melalui dubur. 

Fungsi Organ dan Bahagian Sistem Pencernaan Manusia

No.Organ / BahagianFungsi 
1.MulutMenghancurkan makanan dengan bantuan gigi dan enzim yang terdapat dalam air liur. 
2.EsofagusMenghantar makanan ke perut 
3.PerutMencernakan makanan
4.Usus kecil Mencernakan dan menyerap zat-zat makanan dalam sistem peredaran darah. 
5.Usus besarMenyerap semula air berlebihan dan membentuk najis
6.Dubur Mengeluarkan najis

Turutan Sistem Pencernaan Manusia

Secara ringkasnya, seseorang akan melalui sistem pencernaan megikut turutan berikut :

Pengambilan makanan -> Mulut -> esofagus -> perut -> usus kecil -> usus besar -> dubur

Anda juga boleh rujuk pada gambar seperti di bawah. 

sistem pencernaan manusia

Lagu Proses Pencernaan 

Untuk adik-adik Tahun 3, anda boleh hafal lagu di bawah untuk memudahkan anda mengingat. 

Gunakan irama lagu Anak Itik Tok Wi, ya! 

Mula pencernaan, 

Dari dalam mulut, 

Guna gigi, lidah,

Juga air liur. 

Kunyah sampai hancur, 

Mudah untuk telan, 

Lalu esofagus,

Terus sampai perut. 

Daripada perut,

Masuk pula usus,

Makanan tak cerna,

Keluar dari dubur. 

sistem pencernaan manusia

Perbuatan Yang Mengganggu Pencernaan 

Tabiat makan yang betul, bukan sahaja lebih sopan, malah ia boleh mencegah gangguan pada sistem pencernaan manusia. 

Antara perbuatan yang boleh mengganggu pencernaan adalah :

  1. Makan dengan gelojoh
  2. Makan sambil bercakap
  3. Makan sambil berlari

Kesan kepada perbuatan yang menggangu pencernaan adalah :

  1. Tercekik
  2. Tersedak
  3. Muntah
sistem pencernaan manusia

Kini, anda sudah tahu bagaimana sistem pencernaan manusia berfungsi. Dengan itu, adalah penting untuk anda makan secara tertib dan amalkan pemakanan sihat untuk kesihatan sistem pencernaan yang baik. 

Sumber : Youtube Hazreen Hazni Hamidon, anyflip.com (1), (2)

Baca Juga : 10 Probiotik Terbaik Untuk Kesihatan Usus (2024)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut