Advertisements

SISPPA 2.0: Log Masuk Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Advertisements

Untuk makluman, kini Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah ditambahbaik kepada SISPPA 2.0 mulai Disember 2020.

Calon lantikan baharu / mengulang perlu membuat pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan melayari https://sisppa.moe.gov.my.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam SISPPA 2.0 yang telah ditambahbaik untuk panduan bersama.

Apakah SISPPA 2.0?

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.

Terdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:

  1. Modul Permohonan
  2. Modul Semakan Status Permohonan
  3. Modul Semakan Keputusan

Di dalam laman  Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online  juga disediakan beberapa informasi yang diperlukan dalam urusan permohonan peperiksaan. Di antara informasi yang boleh diperoleh adalah seperti yang berikut:

  1. Panduan dan Syarat Permohonan
  2. Jadual Peperiksaan bagi tahun semasa

Sukatan peperiksaan :-

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
  2. Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Kenaikan Pangkat 
  3. Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

NOTA: Sila ambil maklum bahawa JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2021 telah muat naik ke Laman Web Kompetensi.

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

sisppa 2.0

Login SISPPA 2.0

Untuk memasuki sistem ini, sila rujuk panduan di bawah untuk pengguna baharu atau yang telah berdaftar.

A. Login Pengguna Baharu

  1. Layari portal https://sisppa.moe.gov.my
  2. Tekan butang Daftar
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  4. Sekiranya notis ‘Tiada Data’ dipaparkan, sila hubungi pentadbir sistem melalui e-mel dengan menyertakan maklumat berikut:
    • Nama penuh
    • No kad pengenalan
    • Jawatan
  5. Senarai nama pentadbir sistem boleh didapati melalui menu Hubungi Kami

B. Login Pengguna Berdaftar (Calon Lama)

  1. Layari portal https://sisppa.moe.gov.my
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang sama seperti portal SISPPA 1.0 sebelum ini.
  4. Ruang e-mel tidak perlu diisi.
  5. Sistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan baharu.
  6. Sila tukar kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.

Manual SISPPA

Manual_Log_Masuk_Pentadbir.pdf
Manual_Calon_SISPPA_V2.pdf

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan video di bawah.

https://youtu.be/36zghBGTHrY

Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2021

Maklumat Lanjut Tentang SISPPA 2.0

Untuk sebarang pertanyaan, masalah dan bantuan berkenaan peperiksaan perkhidmatan awam, hubungi :

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Penilaian Kompetensi
Aras 4, Blok C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 WP.Putrajaya

No. Tel. : 03-8000 8000 (MyGCC)
Talian alternatif : Urus setia mengikut jenis peperiksaan
E-mel : [email protected]

Leave a Comment