SiPP: Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

sipp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memperkasakan kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru di sekolah.

Berikut merupakan maklumat mengenai sistem ini.

Mengenai SiPP

SiPP merupakan platform tersebut menyediakan akses kepada guru untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam atau luar talian.

Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari 2024. 

Ini juga akan memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuklah 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

Sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan AI yang digunakan bagi membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

Strategi Pendigitalan Pendidikan

Pengenalan sistem ini adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan iaitu:

  • Teras 4 MyDigital
  • Dasar Pendidikan Digital
  • Proses Inovatif Teknologi Digital
  • Kerjasama Korporat

Kelebihan SiPP

Antara kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:

  • Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
  • Mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
  • Modul pembelajaran yang boleh diakses di luar talian.
  • Pembelajaran mengikut tahap.
  • Dilengkapi dashboard pemantauan.
  • Disokong aplikasi mudah alih.

Cara Login & Pengaktifan Akaun

Untuk mengaktifkan akaun sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
  2. Semak e-mel jemputan daripada [email protected].
  3. Jika tidak menerima e-mel tersebut, klik butang ‘Start Learing.’
  4. Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.
SiPP KPM | Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Setiap guru akan mendapat akses selama setahun. Manfaatkan sepenuhnya peluang yang dapat ni sebelum masa tamat

Yang belum ada maklumat SiPP ni di SPLKPM bermakna anda adalah batch seterusnya. Jangan risau, masa anda akan tiba nanti.

Panduan Penggunaan SiPP

Semua PPP akan memperoleh manfaat daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini bagi tempoh setahun mengikut 3 fasa yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk Fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.

SiPP juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM dan aktiviti pembelajaran dari SiPP akan direkod terus ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.

Semua pembelajaran dalam SiPP akan masuk terus ke SPLKPM secara automatik. Tak perlu isi 2 kali.

Panduan penggunaan sistem ini boleh dirujuk di bawah:

Muat turun : https://bit.ly/panduanSiPP

Maklumat Lanjut

ePembelajaran khas untuk semua guru utk peningkatan profesionalisme kendiri. Ada lebih 20,000 kandungan, termasuk 4,000 video, 40 sijil profesional, 3,000 kursus, 15,000 e-book, 400 latihan makmal, sokongan AI (artificial intelligence) dan mobile apps, serta menyokong pelbagai bahasa.

Jom tambah ilmu pengetahuan kita. Semuanya percuma untuk diakses : https://moeeduskillsacademy.percipio.com/

Maklumat lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut