Cara Jana HSO MySejahtera (Sijil Cuti Kuarantin Covid-19)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Dapatkan HSO MySejahtera (Sijil Cuti) Jika Positif Covid-19

Setiap rakyat Malaysia perlu kemaskini status kesihatan masing-masing dari semasa ke semasa di aplikasi MySejahtera, terutamanya dalam keadaan jangkitan Covid-19 yang kembali meningkat akhir-akhir ini.

Jika anda mendapat keputusan positif setelah membuat ujian RTK-Ag Covid-19 di rumah. Anda perlu kemaskini keputusan positif untuk mendapatkan perintah kuarantin atau Surat HSO (Home Surveillance Order).

Berikut dikongsikan cara kemaskini dan dapatkan sijil cuti kuarantin (HSO) MySejahtera yang dikongsikan oleh KKM.

Sijil HSO @ Cuti Kuarantin Akibat Covid-19 Di MySejahtera

Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan untuk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=758982976263708&set=a.221890939972917

Tempoh Kuarantin Terkini Bagi Pesakit & Kontak Rapat

Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala – ini bermaksud anda boleh mendapat cuti untuk mengelakkan gejala berjangkit di tempat kerja / sekolah.

Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

hso mysejahtera

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

cuti covid hso mysejahtera kuarantin

Cara Jana HSO Di MySejahtera

Terkini, KKM telah melaksanakan HSO Digital, iaitu hanya perlu kuarantin di rumah bagi kes yang tidak bergejala atau simptom ringan.

Jika keputusan saliva test keluar jadi 2 line, ini bermakna anda POSITIF dan perlu mengisytiharkannya di MySejahtera dan HSO yang dijana melayakkan anda mendapat cuti sehingga 5 hari bagi mengelakkan penularan Covid-19.

cuti covid hso mysejahtera

Selepas anda kemaskini, tarikh kuarantin di rumah akan dipaparkan dan anda hanya perlu menjawab soalan Home Assessement Tool (HAT) bagi setiap yang yang dikuarantin.

Berikut dikongsikan cara membuat kemaskini Keputusan Positif Covid-19 di MySejahtera :

  1. Tutup paparan utama MySejahtera anda
  2. Tekan ‘Ujian Kendiri COVID-19’.
  3. Tekan ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’.
  4. Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.
    • Jika anda laporkan untuk diri sendiri, Pilih A.
    • Jika anda laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.
  5. Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.
  6. Pilih jenis sampel yang anda jalankan.
  7. Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan.
  8. Kemaskini terbaru daripada MySejahtera : Perlu muat naik gambar kit ujian anda.
  9. Seterusnya klik ‘I’m not a robot’.
  10. Klik ‘Hantar’.
  11. MySejahtera akan update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera.
cuti covid hso mysejahtera

TERKINI : Pengguna aplikasi MySejahtera kini perlu memuat naik gambar keputusan ujian COVID-19 ketika mengemas kini status laporan kendiri jangkitan itu.

Gambar itu perlu menunjukkan di mana dan bila ujian Covid-19 dibuat, selain keputusannya sama ada positif atau negatif. (Rujuk soalan 4)

cuti covid hso mysejahtera kuarantin
Gambar keputusan positif juga perlu dimuat naik

Bila Perlu Ke Hospital?

Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A, namun tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.

cuti covid hso mysejahtera kuarantin

RINGKASAN:

Tahap 1 : Pesakit positif tetapi tidak ada gejala.
Kiranya mereka yang tahap 1 ini keadaan dia sama sahaja dengan orang yang sihat. Tidak sakit apa-apa. – Tidak perlu ke CAC / hospital

Tahap 2 : Pesakit positif dan bergejala ringan.
Pesakit tahap 2 ini dia ada gejala tahap ringan. Maksudnya gejala dia tidak berbahaya. – Tidak perlu ke CAC / hospital

Tahap 2 ini pula kita pecahkan kepada 2 iaitu 2A dan 2B.

Tahap 2A ini adalah pesakit yang baru nak sakit. Demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit, cirit birit sikit-sikit.

Kira sakit manja-manja je. Masih boleh uruskan diri dan buat kerja rumah. – Tidak perlu ke CAC / hospital

Tapi kalau sakit itu berterusan dan menyebabkan sukar untuk bergerak. Terbaring dan lemah. Ini dah masuk tahap 2B.
Itu beza tahap 2A dan tahap 2B. – Perlu ke hospital / CAC

Kalau dah lebih parah sampai sesak nafas, dia dah masuk tahap 3. Ini dah kena tahan kat pusat kuarantin lah biasanya.

Bagaimana Cara Kuarantin Di Rumah?

Sekarang semua hanya pakai digital HSO. Cuma yang tak ada atau MySejahtera sahaja yang akan diberi gelang dan HSO bertulis.

Jadi, anda hanya perlu declare dalam mysejahtera dan boleh dapat digital HSO disitu. Screenshot dan bagi kepada majikan. Majikan PERLU TERIMA & TAK BOLEH TOLAK sebab ada dalam SOP MKN.

Sila rujuk infografik di bawah untuk pemantauan kendiri semasa kuarantin di rumah:

hso mysejahtera

Baca juga: Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19

Cara Kemaskini MySejahtera (Kepada Status Terkini)

Jika anda telah selesai kuarantin, sila refresh dan kemaskini status untuk memastikan MySejahtera anda kembali bertukar ‘biru’ iaitu RISIKO RENDAH.

Untuk mengemaskini status risiko kepada status terkini, sila ikuti langkah berikut:

1 – Buka Aplikasi MySejahtera

hso mysejahtera

2 – Klik “Status COVID-19”

3 – Tekan butang “Start”

4 – Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik “Submit”

5 – Masuk bahagian “Profile” dan klik butang “Refresh”. Selesai kemaskini.

kemaskini mysejahtera positif

NOTA:

Pemilik MySejahtera perlu kemaskini status dari semasa ke semasa sekiranya

  • ada simptom atau
  • ada sejarah perjalanan keluar negara atau
  • ada kontak rapat kepada kes positif atau
  • terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut