Cara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun Hebat

Berita baik untuk semua foodie, ShopeeFood Day kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran diskaun dan promosi hebat! Bermula 12 hingga 14 Jun 2022, anda juga berpeluang untuk menangi hadiah menarik bernilai sehingga RM 10,000!

Antara hadiah yang menanti pemenang bertuah adalah MMX Cordless Vacuum Cleaner, MMX Rotisserie Oven, MMX Hand Blender & Food Processor serta baucer ShopeeFood.

Gandakan peluang anda untuk menang besar dengan membuat pesanan dari mana-mana restoran Super Deals.

ShopeeFood Day

Apa Itu ShopeeFood?

Seperti juga Foodpanda dan Grabfood, kini Shopee telah menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan yang terpilih melalui Shopee Food.

Anda boleh ke ikon ShopeeFood seperti dalam gambar di bawah:

Cara Order Shopee Food

  1. Buka apps Shopee.
  2. Pilih icon SHOPEEFOOD
  3. Pilih makanan yang ingin dibeli.
  4. Dah selesai pilih tu, jangan lupa CLAIM VOUCHER.
    • (A) food voucher
    • (B) free delivery voucher (Voucher delivery tu sekali klik boleh pakai 10 order)
  5. Dah puas hati pilih, CHECK OUT.
  6. Buat bayaran macam kita berbelanja di Shopee.
  7. Siap! Tunggu SHOPEE hantar makanan ke tempat anda.

Cara Sertai Pertandingan ShopeeFood Jun 2022

Untuk sertai pertandingan ini, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Ikuti akaun Instagram rasmi ShopeeFood di shopeefood_my
  • Buat pembelian bernilai RM 25 ke atas sehingga 14 Jun 2022.
  • Like dan komen ID pesanan anda pada hantaran Instagram di pautan ini.
  • Pemenang bertuah akan diumumkan pada 30 Jun 2022.

Pelanggan juga berpeluang untuk nikmati pelbagai diskaun serta penjimatan berbaloi sempena ShopeeFood Day. Jom ikuti cara maksimakan penjimatan menerusi hari istimewa ini!

Baca Juga : Foodpanda Voucher Jun 2022 & Promo Code

ShopeeFood

Cara Dapatkan Penjimatan Berganda

1. Tebus Baucer Masa Terhad Yang Ditawarkan

Waktu inilah yang paling sesuai untuk anda belanja rakan dan keluarga makanan dan minuman yang menyelerakan daripada pelbagai restoran seperti Bean Jr, Dao Desserts, dan Lol Soon Kee Desserts. 

Jangan lupa untuk tebus baucer diskaun untuk masa terhad sehingga 65% antara 3.00 petang hingga 5.00 petang.

2. Nikmati Penghantaran Percuma Sepanjang Hari

Waktu cuaca panas-panas begini, memang sesuai untuk kita nikmati minuman yang menyegarkan dari LiHo Tea, Chatto Tea & Coffee, dan JuiceLab. Jangan lupa dapatkan penghantaran percuma pada ShopeeFood Day nanti!

3. Dapatkan Lebih Banyak Diskaun Dengan 1 SEN ShopeeFood Saving Pass

Dah lama teringin nak makan sesuatu? Pesanlah dari pelbagai restoran dengan citarasa lokal dan antarabangsa seperti Little KL Food Hall, Salad Atelier, dan Mad Mex Fresh Mexican Grill dengan hanya 1 SEN menerusi ShopeeFood Saving Pass!

Berbaloi sangat, siap boleh dapat baucer bernilai sehingga RM 232.99!

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ShopeeFood Day, sila layari pautan ShopeeFood seperti berikut :

Laman Web : https://shopee.com.my/m/shopeefoodday

Instagram : @shopeefood_my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!