Lagenda boling negara, Shalin Zulkifli dianggap sebagai pemain boling erhebat sepanjang zaman.
Komitmen, pengorbanan, dan semangat kesukanan beliau untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia dalam sukan boling telah memotivasikan ramai atlet negara.
Maka, tidak hairanlah Shalin terus menjadi idola kepada ramai pemain remaja dan senior boling di seluruh negara hingga ke hari ini.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Shalin Zulkifli.
Baca juga:
Latar Belakang
Nama | Datuk Shalin Zulkifli |
Nama Panggilan | Shalin Zulkifli |
Tarikh Lahir | 28 Mac 1978 |
Tempat Lahir | London, England |
Pekerjaan | Atlet boling |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (pengkhususan Psikologi dan Latihan Sukan), Universiti Malaya (UM) |
Tangan Utama | Kanan |
Akaun Media Sosial | Instagram @shalinzulkifli Facebook @ShalinZulkifli TikTok @shalinzul X @shalinzulkifli |
Kehidupan Peribadi
Shalin Zulkifli mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azidi Ameran yang juga bekas pemain boling negara pada Disember 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang chaya mata perempuan yang diberi nama, Aleya Azidi yang kini berusia 13 tahun.
Menariknya lagi, Aleya turut mewarisi bakat dalam bidang sukan seperti ibu dan bapanya.
Kerjaya & Profesional
Walaupun lahir di England, namun Shalin membesar di Malaysia. Minat beliau pada sukan boling berputik pada usia 9 tahun apabila beliau sering mengikuti ibu bapanya bermain boling pada masa lapang.
Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ibu bapa, Shalin akhirnya terpilih untuk mewakili skuad tenpin boling Selangor dan Kebangsaan sehingga beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent-Malaysian All-Stars pada tahun 1994.
Pada usia 16 tahun, beliau menunjukkan prestasi bertaraf antarabangsa dan berupaya mengalahkan pemain handalan lain.
Setelah hampir 30 tahun dalam dunia sukan tenpin boling, Shalin telah berjaya mengumpul 74 pingat emas di Sukan Asia, satu emas di Kejohanan Asia, tiga emas di Kejohanan Komanwel dan 20 emas menerusi Sukan SEA dari 1994 hingga 2019.
Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, Mexico (2007) dan Las Vegas, Amerika Syarikat (2017).
Namun, beliau akhirnya mengumuman persaraannya pada bulan Januari 2021.
Pencapaian Shalin Zulkifli
Shalin Zulkifli telah mengukir legasi yang luar biasa dalam dunia sukan. Sebagai salah seorang pemain boling terhebat dalam sejarah, beliau telah mengumpul pelbagai pujian dan pencapaian sepanjang kerjayanya yang cemerlang.
Berikut adalah antara pencapaian yang diberikan kepada Shalin Zulkifli sepanjang menjadi pemain boling negara.
Anugerah:
- Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
- Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
- Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
- Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
- Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
- Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
Penghargaan:
- Ahli Mangku Negara (A.M.N), 1995
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N), 2001
- Johan Setia Mahkota (J.S.M), 2021
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W), 2023
Pencapaian:
- 1994 – Juara terbuka wanita – Kent Malaysian All-Stars
- 1996 – Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland)
- 1999 – Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei.
- 2001 – Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA)
- 2002 – Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina
- 2003 – Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam.
- 2004 – Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia
- 2005 – Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus
- 2017 – Pingat emas berpasukan, trio dan Masters Sukan SEA Kuala Lumpur dan emas berpasukan Kejohanan Boling Dunia, Las Vegas (2017)
- 2019 – Pingat emas individu, juara keseluruhan Kejohanan Tenping Boling Asia, Kuwait (2019)
Sepanjang penglibatannya dalam sukan boling daripada tahun 1993 hingga 2020, Shalin Zulkifli berjaya meraih sebanyak 74 pingat peringkat senior termasuk 5 kejuaraan peringkat dunia, 4 kejuaraan peringkat Asia dan 20 kemenangan di Sukan SEA.
Fakta Menarik Mengenai Shalin Zulkifli
- Memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.
- Beberapa kali menduduki kedudukan No.1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
- Mengidolakan legenda boling dunia, Parker Bohn serta legenda bola keranjang, Micheal Jordan.
- Bukan hanya disenangi oleh jurulatih dan pegawai pasukan malah seluruh peminat sukan.
- Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, Mexico (2007) dan Las Vegas, Amerika Syarikat (2017).
- Pada tahun 1994, menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.
- Berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Kerjaya di Sekreteriat Kerjaya, Pendidikan dan Kebajikan, Majlis Sukan Negara (MSN) sejak Januari 2022.
Tahniah Shalin Zulkifli! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan boling tanah air.
Sumber:
- Instagram @shalinzulkifli
- Selepas 28 Tahun, Shalin Ambil Keputusan Bersara. Stadium Astro
- A Letter To My Younger Self: Shalin Zulkifli, National Bowling Champion. Tatler Asia