SGMy : Permohonan Pensyarah, Jurulatih & Pegawai Kampus IPG 2022

Iklan Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurilum & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru bagi tahun 2022.

Permohonan akan dibuka pada tarikh berikut:
8 Februari – 25 Februari 2022

myMOHON dibangunkan bagi membolehkan permohonan Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dilaksanakan secara atas talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2022 ini yang akan dibuka melalui sistem SGMy @ myMOHON.

Iklan Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022

sgmy iklan pengambilan pensyarah ipg

PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP) GRED DG44/ DG48/ DG52

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Tahap kesihatan yang baik;
  4. Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
  6. Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  7. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  8. Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;
  9. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  10. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua/ Guru Besar)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JURULATIH KOKURIKULUM Gred DG44

  1. Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) hingga 1(j)
  2. Kelayakan tambahan dalam bidang Kokurikulum
    • Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Kokurikulum.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan yang diperaku,
  3. Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum.

PEGAWAI PENGURUSAN Gred DG41/42/ 44 (KUP)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Tahap kesihatan yang baik;
  4. Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturtu-turut (2019, 2020 dan 2021);
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
  6. Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  7. Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  8. Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/ 44 KUP;
  9. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Baca juga: Semakan Status BKM & Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

SENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

  1. Bahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  2. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  3. Bahasa Perancis
  4. Bahasa Jepun
  5. Bahasa Korea
  6. Bahasa Arab
  7. Bahasa Tamil
  8. Bahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  9. Sains (Fizik)
  10. Sains (Kimia)
  11. Sains (Biologi)
  12. Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  13. Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  14. Pendidikan Jasmani
  15. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
  16. Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
  17. Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
  18. Matematik
  19. Kokurikulum
  20. Sejarah
  21. Pendidikan Moral
  22. Reka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
    • a) Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan)
    • b) Kejuruteraan Elektrikal
    • c) Kejuruteraan Awam
    • d) Pertanian
    • e) Teknologi Pemesinan
    • f) Teknologi Kimpalan
    • g) Hospitaliti
    • h) Kejuruteraan Elektronik
  23. Bahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  24. Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar)
  25. Pendidikan Seni Visual
  26. Bimbingan dan kaunseling
  27. Pegawai Pengurusan
  28. Ilmu Pendididikan

Cara Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di alamat
    https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022.
  2. Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.
  3. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:
    • Resume terkini;
    • Kad Pengenalan;
    • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
    • Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
    • Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO;
    • Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);
    • Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan;
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:
    Unit Pengurusan Sumber Manusia
    Pejabat Pendaftar
    Institut Pendidikan Guru Malaysia
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
    63000 Cyberjaya, SELANGOR
  5. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
  6. Calon yang berjaya ditempatkan di IPGK perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.
  7. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah
    Kedoktoran (Ph.D).

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Tarikh Tutup Permohonan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Februari 2022 (5.00 PETANG)

Semakan Status Temuduga SGMy

  • Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak menerusi Portal SGMy di pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 28 Mac 2022 (Isnin).

Urusan Temuduga

  • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Tarikh temuduga adalah mulai 4 hingga 30 April 2022
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengarah JPN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.

Semakan Status Calon Berjaya

Tarikh semakan status calon yang berjaya selepas ditemuduga adalah pada 25 Mei 2022.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk lampiran berikut untuk maklumat lanjut:

SURAT SIARAN
IKLAN PENGAMBILAN/ TARIKH- TARIKH PENTING

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR

No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!