Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia 2022 [LIVE RTM]

JADUAL SIARAN LANGSUNG FIFA World Cup PERINGKAT SEPARUH AKHIR DI RTM – Radio Televisyen Malaysia

Banyak betul kejutan yang berlaku dalam Piala Dunia 2022 ini!

Siapa sangka, pasukan yang diramal ke separuh akhir, Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2022 di peringkat suku akhir selepas tewas 4-2 kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut, Brazil gagal menghasilkan gol dan keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Dengan Croatia yang lebih banyak bertahan, serangan bertali arus Brazil memperlihatkan aksi cemerlang oleh Livakovic yang diangkat menjadi wira oleh sebahagian besar peyokong setelah selesai perlawanan.

Kemenangan Croatia itu menyaksikan mereka layak dua kali berturut-turut ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dengan edisi 2018 mereka bergelar naib juara selepas tewas kepada Perancis.

Pada peringkat separuh akhir, Croatia akan bertembung dengan Argentina.

Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menundukkan Belanda 4-3, juga menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail pada Sabtu.

Kemenangan itu meletakkan Argentina di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan ketiga trofi berprestij itu setelah memenanginya pada 1978 dan 1986.

Terkini, Morocco turut menambah kejutan dalam kejohanan ini setelah jaringan En-Nesyri pada minit ke-42 membantu pasukan tersebut menumbangkan bekas Juara Eropah, Portugal 1-0 dan layak ke Separuh Akhir Piala Dunia.

Kesemua pemain Morocco berjuang habis-habisan walaupun bermain 10 orang selepas Cheddira dilayangkan kad merah.

Perlawanan peringkat suku akhir malam ini tentunya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak bagi melengkapkan senarai pasukan ke separuh akhir.

Berikut dikongsikan jadual perlawanan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022.

separuh akhir world cup piala dunia 2022

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Perlawanan bagi peringkat semi final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:

JADUAL SIARAN LANGSUNG FIFA World Cup PERINGKAT SEPARUH AKHIR DI RTM – Radio Televisyen Malaysia

14 Disember 2022 (Rabu)
*Argentina lwn Croatia (3 pagi) – (TV2)

15 Disember 2022 (Khamis)
*Perancis lwn Maghribi (3 pagi) – (TV2)

*Perlawanan Dinyatakan Dalam Waktu Malaysia

PAUTAN LIVE STREAMING RTM TV2:

https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2

Berikut adalah infografik senarai Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang telah diumumkan secara rasmi:

Rujuk jadual penuh : JADUAL PERLAWANAN FIFA WORLD CUP 2022 QATAR

Senarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu

Setakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.

Trofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.

Brazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.

Pemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.

1930: Uruguay 
1934: Itali 
1938: Itali
1950: Uruguay 
1954: Jerman Barat
1958: Brazil 
1962: Brazil 
1966: England
1970: Brazil 
1974: Jerman Barat 
1978: Argentina 
1982: Itali 
1986: Argentina
1990: Jerman Barat 
1994: Brazil
1998: Perancis 
2002: Brazil 
2006: Itali
2010: Sepanyol 
2014: Jerman 
2018: Perancis

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!