Kata Sendi Nama: Definisi, Penggunaan & Contoh Ayat

kata sendi nama
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kata sendi nama merupakan salah satu pembelajaran penting di dalam tatabahasa Bahasa Malaysia.

Untuk memastikan ayat yang digunakan murid sesuai dan tepat, kata ini perlu digunakan dengan tepat berdasarkan penggunaannya.

Definisi Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ini ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Fungsi kata ini ialah sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

Kata ini juga memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

Contoh Kata Sendi Nama & Penggunaan

Antara contoh kata ini dan penggunaannya adalah seperti berikut:

Kata Sendi NamaPenggunaan
Kepada/Akan/TerhadapDigunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
DiDigunakan untuk tempat
DaripadaDigunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
DariDigunakan untuk tempat, arah atau masa.
Bagi/UntukDigunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. 
DenganDigunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
Seperti/Seumpama/Laksana/BagaiDigunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
Dalam/AntaraDigunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
KeDigunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
PadaDigunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
DemiDigunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan.
TentangDigunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan.
Sejak/SemenjakDigunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
OlehDigunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
Hingga/SampaiDigunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.

Contoh Ayat

Contoh ayat yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Kata Sendi NamaContoh Ayat
Kepada/Akan/Terhadap– Surat ini ditujukan kepada Abu yang berada di kampung.
– Devi suka akan rambutan.
– Hukuman yang berat menanti terhadap pencuri itu.
DiPertandingan itu diadakan di Johor Bahru.
DaripadaSurat itu saya terima daripada Osman.
DariBola itu ditendang dari tengah padang.
Bagi/Untuk– Sumbangan itu diberikan bagi pihak masjid.
– Hadiah ini adalah untuk emak.
DenganHasil pendapatan yang diterima tidak setimpal dengan usahanya.
Seperti/Seumpama/Laksana/BagaiSuaranya di dalam pertandingan nyanyian itu merdu seperti/umpama/laksana/bagai buluh perindu.
Dalam/Antara– Jarak antara rumah Haziq dan sekolah sekitar 3 kilometer.
Dalam hal ini, kita semua setuju.
KeMereka akan ke Ipoh Kuala Lumpur.
PadaTiket kapal terbang itu ada pada Husna.
DemiDemi keharmonian semua, marilah kita  berdamai.
TentangGuru-guru itu masih berbincang tentang program yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sejak/Semenjak– Mawar sentiasa gembira sejak suaminya pulang dari perantauan.
Semenjak pulang dari hospital, selera makannya bertambah.
OlehUcapan pagi ini akan disampaikan oleh pengetua.
Hingga/SampaiRahim belajar hingga/sampai peringkat universiti. 

Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssr-bm-01-05-07/kssr-y1-bm-05/kata-sendi-nama

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut