Senarai Kedai SKAS – S Pay Global Merchant List (Mengikut Daerah)
S Pay Global, atau sebelumnya dikenali sebagai Sarawak Pay adalah merupakan sebuah aplikasi pembayaran digital rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang diterima secara meluas di seluruh negeri.
Bantuan SKAS boleh digunakan di kedai yang tersenarai boleh menggunakan S Pay Global.
Ini bermaksud, setelah menuntut (claim) bayaran bantuan SKAS yang diberikan kerajaan Sarawak melalui S Pay Global, anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai yang tersenarai menerima pembayaran menggunakan S Pay Global.
Berikut dikongsikan Senarai Kedai SKAS (Merchant List) di setiap daerah Sarawak yang menerima S Pay Global.
BACA JUGA: SarawakPay: Pendaftaran SKAS 2025, Kemaskini & Aktifkan S Pay
S Pay Global Merchant List – Senarai Kedai Yang Menerima S Pay Global (Mengikut Daerah)
Berikut ialah Senarai Kedai SKAS, yang menerima menerima pembayaran menggunakan S Pay Global. Terdapat 12 daerah secara keseluruhannya, iaitu:
1. Kuching
2. Samarahan
3. Serian
4. Sri Aman
5. Betong
6. Sarikei
7. Sibu
8. Kapit
9. Mukah
10. Bintulu
11. Miri
12. Limbang
BACA JUGA: Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)
Cara Daftar S Pay Global
Sekiranya anda belum lagi mendaftar S Pay Global untuk menuntuk SKAS, anda boleh rujuk cara-cara mendaftarnya berikut:
- Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store.
- Buka aplikasi dan pilih “Register Now”.
- Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others).
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
- Lakukan pengesahan identiti (eKYC):
- Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda
- Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan.
- Sahkan nombor telefon anda:
- Masukkan nombor telefon bimbit
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
- Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan.
- Selesai!
Maklumat Lanjut
Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai S Pay Global, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.
Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99).
- Youtube : https://www.youtube.com/@spayglobal
- Facebook : https://www.facebook.com/spayglobal.my