Sekiranya anda tersenarai dalam Senarai Hitam PTPTN, secara automatiknya nama anda akan di ‘blacklist’ oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM )untuk ke luar negara.
Tindakan membuat senarai hitam ini diambil akibat tindakan ramai bekas peminja PTPTN yang enggan atau culas untuk membayar kembali pinjaman pelajaran.
Tindakan menyenarai hitam pelajar ini merupakan langkah terakhir setelah pelbagai amaran dan peringatan yang diberikan kepada peminja PTPT tidak diendahkan mereka.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai hitam PTPTN, cara membuat semakan dan langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan isu ini.
Sebab Dihalang Ke Luar Negara
Mengikut undang-undang Malaysia, rakyat Malaysia boleh di halang daripada meneruskan perjalanan ke luar negara atas beberapa sebab.
Antara sebab seseorang individu itu boleh disenarai hitamkam daripada ke luar negara:
- Gagal membayar cukai pendapatan
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Terlibat dalam kes jenayah
- Bankrap
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Oleh itu, sebelum membeli tiket penerbangan ke luar negara, pastikan nama anda bersih daripada disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen daripada ke luar negara.
Artikel berkaitan: Diskaun Bayaran Balik PTPTN & Penangguhan (Belanjawan 2023)
Senarai Hitam PTPTN
PTPTN melaksanakan senarai hitam imigresen di bawah Peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 [AKTA 566] yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Tindakan senarai hitam ini menyebabkan peminjam dihalang dari ke luar negara, tidak dibenarkan memperbaharui passport dan membuat passport baharu.
PTPTN mendapati ramai peminjam PTPTN yang tidak menyedari mereka mempunyai tunggakan bayaran balik.
Terdapat empat (4) perkara yang menjadi penyebab utama peminjam mempunyai tunggakan iaitu :
- Tidak pernah membuat bayaran balik;
- Memulakan bayaran balik lewat daripada jadual;
- Membuat bayaran balik dengan jumlah yang kurang daripada amaun ansuran bulanan yang dijadualkan; dan
- Jadual bayaran balik telah tamat tempoh.
Peminjam yang mempunyai empat (4) ciri di atas perlu segera berbincang dengan PTPTN. Ini kerana sekiranya tunggakan tersebut tidak diselesaikan atau dibincangkan, peminjam akan disenaraihitamkan daripada ke luar negara dan pada masa yang sama mempunyai rekod buruk di dalam rujukan kredit Bank Negara.
Peminjam boleh membuat semakan senarai hitam melalui saluran berikut:
- i) Portal Rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/
- ii) Careline PTPTN di talian 03 – 2193 3000; atau
- iii) Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Semakan di laman web rasmi Jabatan Imigresen
Anda juga boleh menyemak nama anda terus melalui laman web rasmi Imigresen di pautan berikut : https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Walau bagaimanapun, anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen atas pelbagai sebab seperti disenaraikan di atas) dan bukan disebabkan kegagalan membayar pinnjaman PTPTN semata-mata.
Apa Perlu Buat Kalau Nama Kena ‘Blacklist’?
Peminjam yang telah dikenakan tindakan senarai hitam imigresen tersebut dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.
Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu berbincang segera dengan PTPTN bagi membuat bayaran apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Setelah rundingan dan bayaran di buat, peminjam akan diberikan pelepasan senarai hitam imigresen.
PTPTN menyeru kepada semua peminjam agar membuat pengemaskinian alamat e-mel masing-masing. Pengemaskinian ini boleh dibuat dengan mudah secara online melalui portal rasmi PTPTN di ruang ‘‘Kemaskini Emel & No. Telefon Peminjam”.
Maklumat Lanjut Senarai Hitam PTPTN
Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan senarai hitam terus di cawangan PTPTN / JIM yang berdekatan.
Hadirkan diri ke kaunter untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas.
Sekiranya dalam hal-hal kecemasan dimana peminjam yang disenarai hitamkan perlu ke luar negara, maka anda perlulah berunding secara terus dengan pihak PTPTN untuk menstrukturkan kembali pembayaran kembali pinjaman pelajaran anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
- Laman web rasmi Imigresen Malaysia : https://sspi.imi.gov.my/sspi/