Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar istilah B40 dan bantuan-bantuan oleh kerajaan untuk golongan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan B40?
Secara ringkasnya, ia adalah pengklasifikasian taraf kewangan seseorang individu atau keluarga di Malaysia.
B40, M40 dan T20 masing-masing mewakili 40% Bawah (Bottom 40%), 40% Tengah (Middle 40%) dan 20% Atas (Top 20%).
Sama seperti pengklasifikasian cukai pendapatan anda, klasifikasi pendapatan ini digunakan untuk mengkategorikan rakyat Malaysia mengikut pendapatan isi rumah mereka.
Artikel berkaitan: Maksud Kategori Miskin Tegar, B40, M40 & T20
Kepentingan klasifikasi pendapatan isi rumah
Klasifikasi ini bukanlah sekadar untuk tahu betapa miskin atau kayanya seseorang individu itu sahaj, tetapi ianya penting untuk membantu kerajaan merancang dengan secukupnya skim keselamatan sosial dan penggubalan rancangan pembangunan negara.
Oleh itu, kriteria untuk B40, M40 dan T20 ini adalah angka yang dikeluarkan bersandarkan kepada angka daripada Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas (HIS) yang dijalankan dua kali setiap lima tahun.
Had pendapatan B40
Jika dilihat daripada jadual di atas, kelas B40 juga dibahagian kepada 4 taraf yakni B1, B2, B3 dan B4.
Daripada jadual di atas juga, had pendapatan bagi setiap kelas ini ini juga dinyatakan pada kolum paling kanan dan jadual ini diperoleh daripada data yang dikumpulkan oleh Habtan Perangkaan Malaysia.
Satu perkara yang perlu anda perhatikan adalah perbezaan taraf hidup di banda dan luar bandar yang sangat jauh berbeza.
Disebabkan itulah individu dari golongan M40 di luar bandar boleh menjadi golongan “miskin bandar” apabila mereka tinggal di bandar kerana perbezaan taraf hidup dimana harga rumah, barangan dan makanan sememangnya lebih tinggi di bandar.
Bantuan untuk B40
Disebabkan golongan ini berada paling bawah dalam sistem kelas sosial, maka kerajaan Malaysia lebih banyak memfokuskan bantuan untuk golongan ini.
Haruslah diketahui bahawa bantuan ini tidaklah mengkayakan golongan ini, sebaliknya sekadar cukup untuk mengurangkan kesukaran hidup yang mereka alami, lebih-lebih dalam fasa pandemik COVID-19 yang menyebabkan kesukaran hidup.
Berikut merupakan antara bantuan untuk golongan B4):
- BPN 2.0
- Skim Peduli Kesihatan
- Skim Perlindungan MySalam
- Penjana 2.0
- Bantuan Khas COVD-19 (BKC)