Semakan status kelulusan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu.
Perkara ini diumumkan oleh sebuah kenyataan media pada 3 Februari 2021 semalam.
Tarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0
Untuk makluman, tarikh bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang LULUS akan dibuat pada 5 Februari 2021.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat.
Cara Semakan Status Rayuan GKP 2.0 & Maklumat Pembayaran
Untuk membuat semakan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0, sila ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Sila Log Masuk seperti biasa
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan kotak Semak
- Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Status Permohonan dan kelulusan anda akan dipaparkan.
- Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada BERJAYA KREDIT atau GAGAL KREDIT.
Selain GKP 2.0, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000 seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI.
GKP Tambahan RM1,000 untuk negeri PKP ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Baca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status semakan Rayuan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
ATAU
Layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my