Permohonan MyKid 2024 – Semakan Status / Pengesahan Cetakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

INFO TERKINI MYKID JPN 2024 – PERMOHONAN & PENGESAHAN CETAKAN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) akan dibuka semula di semua Pejabat JPN bermula mulai Isnin depan.

JPN dalam satu kenyataan terkini bertarikh 25 Julai 2024 memaklumkan bahawa permohonan itu boleh dibuat setelah ia ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang telah dipilih. Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024,” jelas JPN.

Selepas tempoh itu, JPN menjelaskan status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Mei lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham Alias berkata isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai secara berperingkat di seluruh negara.

Difahamkan terdapat 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu.

Pada Disember lepas, media melaporkan JPN sedang mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan diserahkan secara berperingkat sebaik sahaja proses cetakan selesai dan memberi jaminan isu MyKid tidak akan berulang pada tahun ini memandangkan JPN sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta MyKid bagi menampung keperluan.

Ibu bapa yang telah memohon MyKid anak masing-masing boleh mula menyemak status permohonan di portal JPN mengikut tarikh yang dimaklumkan.

@ecentral.my

Dah berbulan tunggu MyKid anak siap? Semak status MyKid anak korang dengan cara semakan MyKid online ni. #mykid #kadpengenalan #jpn #jabatanpendaftarannegara

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Berikut dikongsikan info terkini tentang permohonan MyKid dan semakan tarikh mendapatkannya daripada JPN.

Sila skrol ke bawah untuk melihat panduan membuat semakan status secara online.

Apakah MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan
mykid jpn

Kelebihan MyKid

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  6. Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan MyKid 2024

MyKid boleh dimohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Tarikh permohonan bermula 27 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan My Kid:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu
  3. Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Tempoh Semakan MyKid 2024

Tempoh semakan dan pengesahan adalah bermula 29 Julai – 31 Oktober 2024 iaitu selama 3 bulan sahaja.

Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Cara Semakan Status MyKid Online

Cara semakan status MyKid adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/ ATAU imbas kod QR dalam poster di bawah.
  2. Masukkan nombor MyKid anak dan kod captcha yang dipaparkan dan tekan butang ‘Semak’
  3. Status akan dipaparkan – sila rujuk pemberitahuan MyKid sama ada sedia untuk diambil ataupun permohonan sedang diproses.
semakan status mykid online

Ikuti penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang permohonan dan kutipan My Kid bagi status berikut:

  1. Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil
  2. Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid
  3. Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
  4. Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN
@jpnhqofficial

Ini penjelasan tentang permohonan dan kutipan MyKid bagi situasi berikut: 1) Sudah buat permohonan MyKid (ada slip). Status: Sedia diambil 2) Sudah buat permohonan MyKid (ada slip). Status: Dalam proses 3) Sudah ada sijil kelahiran tapi belum pernah ada MyKid 4) Pendaftaran kelahiran baharu RakyatDiHatiJPN MalaysiaMADANI MyKid

♬ original sound – Jabatan Pendaftaran Negara – Jabatan Pendaftaran Negara

Sistem Pengesahan Cetakan MyKid

  • Sistem ini adalah untuk mendapatkan PENGESAHAN pemohon bagi cetakan MyKid yang dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah.
  • Penukaran pusat kutipan MyKid adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Tempoh pengesahan 29 Julai hingga 31 Oktober 2024.

Sila scan QR kod di bawah atau layari
Link : https://spcmykid.jpn.gov.my

semakan mykid

Anda akan mendapati paparan seperti di bawah:

permohonan mykid semakan cetakan pengesahan

Sila masukkan butiran yang tepat dalam ruang yang disediakan untuk membuat semakan.

permohonan mykid

NOTA: Bagi permohonan baru, sila ke kaunter JPN berhampiran anda dengan membawa sijil kelahiran anak dan kad pengenalan asal anda.

Gantian / Rosak / Hilang ❌
Permohonan baru kali pertama ✅

semakan mykid permohonan online
semakan mykid permohonan online
semakan mykid permohonan online
semakan mykid permohonan online

Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

semakan mykid jpn permohonan

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel(@jpn.gov.my): pro

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut