Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024 / 2025

Cara Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2024 / 2025

Bagi tahun 2024, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

Pada sesi 2023, MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

Berikut dikongsikan pautan semakan online dan cara untuk membuat semakan kemasukan MRSM atas talian.

TERKINI : Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2024 / 2025 (Panggilan Ke-2 dan Ke-3)

Semakan keputusan bagi sesi 2024/2025 akan diumumkan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat hantaran di media sosial rasmi beliau bahawa keputusan kemasukan akan mula disiarkan pada 18 Januari 2024 berbanding bulan Mac dalam tahun sebelum ini.

Difahamkan pada tahun ini beliau telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah telah menyegerakan pengumuman keputusan kemasukan ke MRSM kerana prihatin dengan kos-kos kemasukan ke sekolah pada awal tahun nanti.

Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.

Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara.

Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024 / 2025

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 panggilan kedua dan ketiga boleh disemak mulai :

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Link semakan:

ATAU

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2024/2025

Sekiranya tuan/ puan ingin merujuk keputusan kemasukan ke MRSM, tuan/puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara terus: https://www.mara.gov.my

Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh 7 tahu daripada tarikh surat tawaran.

Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran.

This image has an empty alt attribute; its file name is tawaran-mrsm-554x1024.jpg

Tahniah kepada yang berjaya! Namun bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana masih ada proses rayuan yang melibatkan panggilan kedua dan seterusnya. Semoga ada rezeki untuk kalian.

NOTA PENTING : Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my
selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.

Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my

semakan mrsm 2022 2023

Baca juga:

Tarikh Semakan Bagi Ambilan Kedua / Ketiga MRSM

Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima seperti ini.

Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera di bawah ini, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30% pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.

InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.

Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Tarikh Pendaftaran / Lapor Diri (Ambilan Pertama)

Tarikh pendaftaran bagi kemasukan baharu ke MRSM biasanya adalah pada pertengahan atau akhir bulan Mac.

Bagi sesi 2024/2025, pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada 21 Mac 2024.

Tarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran tahun 2024 akan dimaklumkan dalam surat tawaran.

Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2024

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2024:

keputusan mrsm SEMAKAN
keputusan mrsm

MRSM menawarkan enam program iaitu

  • MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
  • MRSM Ulul Albab
  • MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
  • MRSM Premier
  • MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 di bawah:

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran

2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.

4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!