Semakan Bil TM Unifi Streamyx & Cara Bayar Online

Buat pelanggan Unifi dan Streamyx, anda boleh menyemak bil TM anda secara online sahaja.

Lebih mudah dan menjimatkan masa anda.

Pihak TM telah memulakan program e-bill ini sejam September 2018 lagi sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan kertas seterusnya memelihara alam sekitar.

Sebelum kemudahan ini, bil pengguna Unifi dan Streamyx akan dihantar ke rumah namun isu kadang-kala timbul apabil bil tersebut hilang dan tidak sampai ke tangan pelanggan.

Dengan perkhidmatan e-Bill ini, masalah ini dapat ditangani dengan menyeluruh kerana hanya pengguna yang dapat menyemak bil TM mereka secara dalam talian dengan mendaftarkan akaun mereka di laman web TM.

Cara semakan bil

bil tm
  1. SMS – Penghantaran notifikasi jumlah bil bulanan terus secara SMS kepada nombor telefon berdaftar anda
  2. Emel – Penghantaran e-bil anda dalam bentuk PDF ke alamat emel anda. Sekiranya anda tetap memilih bil anda dihantar ke alamat rumah anda, bayaran tambahan sebanyak RM2 akan dikenakan
  3. Portal Unifi – Anda boleh menyemak bil anda sehingga 6 bulan sebelumnya terus dalam laman portal Unifi
  4. Aplikasi MyUnifi – Muat turun aplikasi MyUnifi dan semak terus daripada telefon Android atau iOS anda dengan memuat turun aplikasi ini dah laman web sah melalui pautan yang berikut:

Cara daftar akaun e-Bil TM

Bagi mengaktifkan e-Bil anda, anda terlebih dahulu dikehendaki mendaftarkan akaun di laman Unifi di alaman.

  1. Layari laman Unifi di alamat https://home.unifi.com.my/personal
  2. Klik pada butang Login/Register
  3. Kemudian akan keluar popup yang meminta anda memasukkan alamat emel anda
  4. Masukkan Nama Anda
  5. Nombor “Digitalme Verification Code” akan dihantar ke emel anda. Salin dan masukkan nombor tersebut.
  6. Lengkapkan permohonan akaun Digitalme anda sehingga selesai
  7. Kini, anda boleh Login ke akaun anda menggunakan maklumat emel / kata nama / kata laluan yang anda gunakan
  8. Dalam Dashboard anda, anda boleh melihat dengan lebih terperinci akaun anda, bil semasa, bil bulan sebelumnya, bayaran yang telah dibuat dan sebagainya
  9. Dengan menggunakan akaun yang sama, anda boleh log masuk ke dalam aplikasi MyUnifi anda

Cara bayaran bil TM Unifi / Streamyx secara online

Setelah mendaftarkan akaun Digitalme, anda boleh membuat pembayaran terus bil TM dari Dashboard akaun anda.

  1. Klik pada butang PAY NOW
  2. Klik setuju pada terma dan syarat yang dipaparkan
  3. Pilih cara pembayaran sama ada melalui Kad Kredit atau perbankan internet
  4. Sekiranya anda memilih pembayaran secara perbankan internet, kotak FPX akan dipaparkan. Kemudian klik pada proceed.
  5. Senarai bank akan dipaparkan dan pilih bank yang ingin digunakan.
  6. Selesaikan pembayaran seperti biasa sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!