Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Cuti Sekolah 2025

sarjana pendidikan ukm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PERMOHONAN SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH UNTUK SESI KEMASUKAN TAHUN 2025 TELAH DIBUKA!!!

Berita yang ditunggu-tunggu telahpun tiba!

  • Jika anda guru sekolah yang ingin bersedia untuk masa hadapan.
  • Jika anda ingin meningkatkan daya saingan dalam kerjaya.
  • Jika anda tidak dapat meluangkan masa setiap hari dan setiap minggu untuk melanjutkan pengajian.
  • Jika anda bercita-cita menjadi pensyarah.
  • Jika anda dapat meluangkan masa ketika cuti sekolah.

Ayuh, dapatkan maklumat serta borang permohonan secara online sahaja!

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 DISEMBER 2024.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah ini.

Apakah Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah?

Program sarjana ini merupakan program pengajian peringkat sarjana (Master in Education) yang direka khas untuk dijalankan sewaktu cuti sekolah di bawah kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape), dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad.

Ia bukan sahaja terbuka kepada semua warga pendidik, tetapi juga kepada orang awam yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana tanpa mengganggu kerja hakiki masing-masing.

Ayuh, kembangkan potensi diri dan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi dengan segulung ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi dengan yuran berpatutan.

Lanjutkan pengajian anda di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA menerusi Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah untuk sesi kemasukan 2025!

Pengajian hanya dijalankan semasa cuti sekolah, maka anda tidak perlu tinggalkan karier anda untuk menyambung pengajian.

KEISTIMEWAAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH:

  1. Ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – merupakan salah satu universiti terkemuka di Malaysia.
  2. Pengiktirafan MQA – Struktur kursus, jam kredit, dan pensyarah berpengalaman sama seperti pengajian arus perdana.
  3. 20 bidang pengajian pengajian untuk dipilih – boleh dipohon oleh semua pemegang ijazah sarjana muda pelbagai latar belakang.
  4. Kuliah hanya dijalankan sewaktu cuti sekolah – sesuai untuk warga pendidik dan warga kerja yang berminat melanjutkan pengajian. Anda tidak perlu korbankan kerjaya untuk melanjutkan pengajian.
  5. Mod kerja kursus – tiada tesis atau viva di akhir pengajian.
  6. Kadar yuran pengajian yang kompetitif – boleh dibayar secara ansuran sebanyak 12 kali.
  7. Kemudahan Penginapan di UKM – tidak perlu risau mengenai hal penginapan ketika menghadiri kuliah di UKM.

Tempoh Pengambilan

Pengambilan pelajar program ini dibuat setahun sekali sahaja.

Syarat Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2025

Program sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dari apa jua bidang.

Calon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.

Mod pengajian adalah secara Kerja Kursus.

Bidang Yang Ditawarkan

20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penialaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Lokasi Pusat Pengajian

Lokasi pusat pengajian ini adalah Pusat Kuliah UKM Bangi

    Cara Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2025

    Borang permohonan boleh didapati melalui laman web www.koperasisiswazah.com

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

    • Koperasi Siswazah Bangi Berhad: +6018-2290929
    • Encik Afiq : +6011-11735989
    • Puan  Ahlam: +6011-53778711
    • Puan Aimi Aziz : +6018-2099650
    • Encik Muhammad Hafiz : +6012-7978711

    Maklumat Lanjut

    Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, sertai melalui pautan berikut:

    Baca juga: DPLI UKM 2024 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM [September]

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut