Contoh Sajak Alam Sekitar

sajak alam sekitar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam menyampaikan mesejk mengenai alam sekitar, antara yang boleh dilakukan adalah mendeklamasikan sajak alam sekitar.

Tema ini adalah tema yang popular untuk menyampaikan mesej berkenaan kesedaran menjaga alam sekitar kepada orang ramai.

Maksud Sajak

Apakah yang dimaksudkan dengan sajak?

Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.

Ciri-Ciri Sajak

Terdapat 3 ciri-ciri sajak iaitu:

  • Tema: Merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
  • Persoalan: Merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan dan kekecewaan dalam saiak tersebut.
  • Gaya Bahasa: Setiap sajak biasanya mempunyai gaya bahasa seperti metafora, hiperbola, personifikasi, simile, inversi, anafora dan epifora.

Contoh Sajak Alam Sekitar

Antara contoh sajak ini yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1) Contoh Sajak 1

CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Aku cinta padamu
Wahai laut yang bergelora
Kerana aku bisa belajar
Menjadi seorang pemimpin
Yang tabah menerima cabaran
Walau apa saja ynag dihadapi

Aku cinta padamu
Wahai langit biru yang luas
Kerana aku bisa terbang bebas
Menjelajah dunia saujana
Antara batas dan tradisi

Aku cinta padamu
Wahai gunung yang tinggi
Kerana aku bisa
Menjadi seorang pendaki gagah
Yang tidak cepat menyerah kalah

Aku cinta padamu
Wahai tasik yang indah
Kerana tumbuh di dalam hakikatku
Menjadi ruang dan bersatu di dalamnya
Menjadi detik yang selalu hidup di hatiku.

ii) Contoh Sajak 2

NASIB SANG SUNGAI

Nasib Sang SungaI
Pernahkah kith terdengar,
Jeritan ngilu sungai nan lesu,
Bisiknya penuh ragu,
Meraung pilu di alum syandu?

Dahulu,
Airnya bersih mengalir tenang,
Senyumnya indah penuh khazanah,
Menabur bakti kepada makhluk lainnya.

Kini,
Ia mengalir penuh kepedihan,
Dicemari sejuta kekotoran,
Tercungap-cungap oleh kemusnahan,
Akibat Sang Manusia durjana!

iii) Contoh Sajak 4

TENTANG ALAM

Di suatu ketika pagi itu,
Fajar hanya baru sejengkal membuka tirai,
Hembusan lembut bayu pagi di desa,
Mengukir senyuman ketenangan,
Kicauan burung berterbangan keseronokan,
Memecah kesunyian pagi,
Jauh berbeza berbanding di kotaraya.

Di saat ini..
Baru aku sedar akan keindahan,
Tahap nirvana khazanah alam,
Ironinya, ketika kita sedang leka mengejar pembangunan,
Ketika negara sedang rakus mengejar permodenan,
Kita lupa dan alpa pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,
Pencemaran udara yang meragut kesegaran oksigen,
Telah membawa 1001 masalah,
Kepada alam semesta!!!

Kita tidak sedar,
Bumi sedang sakit ketika ini,
Kepada siapa yang harus dipersalahkan,
Ketika berlakunya bencana alam,
Pencemaran sungai, masalah suhu pemanasan global, berfaktorkan penipisan global! Berpuncakan sikap manusia..!

Bangkitlah rakyat malaysia,
Masih belum terlambat untuk kita,
Memelihara khazanah alam,
Berkonsepkan bumi hijau,
Melindungi lapisan ozon,
Dan kehidupan flora dan fauna,
Masih dapat dikekalkan,
Keindahan alam semesta,
Kepada generasi akan datang.

Ingatlah,
Bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya,
Alam ini,
Anugerah Tuhan yang sangat istimewa,
Keindahannya,
Mencerminkan keperibadian manusia.

Baca juga: Karangan Alam Sekitar: Kesan & Langkah Menjaga Alam Sekitar

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut