Karangan Alam Sekitar: Kesan & Langkah Menjaga Alam Sekitar
Salah satu soalan di dalam peperiksaan penulisan Bahasa Melayu adalah karangan alam sekitar.
Berikut disertakan contoh karangan yang boleh digunakan ketika menjawab soalan peperiksaan.
Isi Penting Karangan Alam Sekitar
Antara isi penting yang boleh digunakan di dalam karangan alam sekitar ini adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan Penggunaan Bahan Kimia
- Mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
- Penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.
- Mengakibatkan penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada orang ramai.
- Penggunaan bahan ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.
2. Penguatkuasaan Undang-Undang Alam Sekitar
- Membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif.
- Contohnya pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka.
- Memberikan kesan kepada pencemaran alam sekitar yang lebih buruk sekiranya tiada penguatkuasaan.
3. Kitar Semula
- Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali.
- Contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.
- Menjimatkan kos sumber manusia dan negara.
4. Kempen Kesedaran Sivik
- Menerusi kempen, kesedaran sivik rakyat dapat ditingkatkan untuk menjaga alam sekitar.
- Masyarakat akan ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
- Kempen kesedaran dapat menyedarkan rakyat akan kepentingan menjaga alam sekitar.
Contoh Karangan Alam Sekitar
i) PENDAHULUAN
Sejak kebelakangan ini, pembangunan yang berkembang pesat sedang berlaku di negara kita pada ketika era globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar akibat sikap manusia yang tidak berlanggungjawab dengan mencemarkan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.
ii) ISI 1: MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Ini kerana penggunaan bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan antara contoh bahan kimia bebas digunakan. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawal oleh kerajaan supaya dapat alam sekitar yang telah dicipta oleh Tuhan akan terus dipelihara.
iii) ISI 2: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka telah mengakibatkan berlakunya pencemaran udara dan kematian hidupan di dalam sungai mahupun laut. Oleh kerana itulah, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku.
iv) ISI 3: KITAR SEMULA
Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana ianya sebagai mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak dipedukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat dijimatkan selain menjamin kebersihan alam sekitar.
v) ISI 4: KEMPEN KESEDARAN SIVIK
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dipelihara melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat akan ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat dibendung dan menjamin kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran in penitng bagi memberi kesedaran rakyat sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar.
vi) PENUTUP
Tuntasnya, kita semua harus bekerjasama dan memainkan peranan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan semata-mata. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Ini sinonim dengan slogan negara, iaitu “Negara Bersih, Rakyat Sihat “