Advertisements

Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Di Sri Perdana, 8 Mei 2022

Advertisements

Orang ramai dijemput meraikan Hari Raya Aidilfitri di kediaman Perdana Menteri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sempena penganjuran rumah terbuka pada 8 Mei ini.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook Perdana Menteri hari ini berkata, jemputan berkenaan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama Keluarga Malaysia.

“Seluruh Keluarga Malaysia dijemput hadir bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

“InsyaAllah banyak juadah enak disajikan, untuk Keluarga Malaysia yang tersayang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Terbuka Hari Hari Raya Aidilfitri oleh PM Ismail Sabri dan SOP yang perlu dipatuhi pada hari tersebut.

Advertisements

Lokasi, Tarikh & Waktu Rumah Terbuka Perdana Menteri 2022

Orang ramai dijemput hadir ke Rumah Terbuka PM Ismail Sabri pada tarikh, lokasi dan waktu berikut:

  • Tarikh: 8 Mei 2022 (Ahad) bersamaan 6 Syawal 1443H
  • Waktu: 10.00 pagi – 4.00 petang
  • Lokasi: Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

SOP Pemakaian

Orang ramai hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Kegagalan mematuhi etika pemakaian ini boleh mengakibatkan anda tidak dibenarkan memasuki Kompleks Seri Perdana.

Sila rujuk etika pemakaian seperti dalam infografik di bawah:

DIBENARKAN:

  • Baju berlengan
  • Seluar panjang
  • Skirt bawah paras lutut
  • Kasut

DILARANG:

  • Seluar pendek bawah paras lutut
  • Skirt pendek atas paras lutu
  • Baju tidak berlengan
  • Seluar jeans koyak
  • Selipar
rumah terbuka perdana menteri

Laluan Perkhidmatan Bas Percuma

Perkhidmatan bas percuma ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB PM dan Anggota Jemaah Menteri juga akan disediakan.

Sila rujuk laluan yang disediakan dalam rajah di bawah:

rumah terbuka perdana menteri
rumah terbuka perdana menteri

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/ismailsabri60/posts/558149352326392

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment