ePerumahan Terengganu : Permohonan RMR Rahman

Untuk pengetahuan, permohonan Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) telah dibuka bermula 5 Januari sehingga 15 Februari 2023 secara online di Portal ePerumahan Terengganu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman) bagi calon pemohon yang berminat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap jenis dan skim yang ditawarkan.

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman)?

Kerajaan Negeri mengadakan usahasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berpengalaman luas dalam pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh Malaysia.

Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

Pembiayaan ini adalah pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu.

Terdapat 3 jenis skim yang ditawarkan iaitu: Jenis A, Jenis B dan i-Rahman.

Syarat Permohonan

Antara syarat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu seperti pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.

Sila rujuk syarat terperinci di bawah mengikut kategori jenis A, B dan i-Rahman

SYARAT KELAYAKAN JENIS A

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:

  • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
  • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN JENIS B

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN i-RAHMAN

1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan

11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Tempoh Permohonan

Permohonan akan dibuka mulai 5 Januari hingga 15 Februari 2023 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.

Kadar Pembiayaan & Subsidi

KADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH

Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

KADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.

Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu / RMR Rahman

  1. Layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my dan buat pendaftaran online
  2. Log masuk
  3. Pilih kategori – Beli rumah @ Bina rumah
  4. Kemaskini dan isi maklumat pemohon
  5. Pilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan)
  6. Buat permohonan

Kesemua permohonan adalah secara atas talian sejak tahun 2014 melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.

Permohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:

https://eperumahan.terengganu.gov.my

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan laman sesawang https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)

TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.

+ 09-626 7999 
+ 09-631 7999

Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!