Rumah Idaman Selangor, Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40

Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.

Projek dengan kerjasama anak syarikat LBS Bina Group, MGB Berhad dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam, seperti yang dilaporkan melalui Selangor Kini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan setiap unit rumah memiliki saiz luas dan reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga berpatutan.

“Lokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam yang akan memberi nilai tambah dalam kehidupan.

“Kita berharap Rumah Idaman ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Selangor untuk membina kehidupan lebih bermakna,” katanya dalam pengumuman khas di Facebook rasminya hari ini.

rumah idaman

Amirudin berkata daripada enam projek itu, Rumah Idaman di Bandar Saujana Putra akan dilancarkan pada November tahun ini dan dijangka siap penghujung 2024.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rumah ini untuk makluman bersama.

Apakah Rumah Idaman Selangor?

Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Lokasi & Ciri Rumah

Projek itu dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.

Setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.

Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet.

rumah idaman selangor

Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari

Syarat Kelayakan / Kriteria Pemilikan

Sehubungan dengan itu, syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Harga Rumah Idaman Selangor

Harga bersih Rumah Idaman Selangor adalah RM250,000.

rumah idaman selangor

Baca juga: Bajet 2022 : Senarai Bantuan Yang Akan Diumumkan Untuk Rakyat

Cara Permohonan

Untuk permohonan, anda perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan berikut:

https://ehartanah.lphs.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan terkini berkaitan Rumah Idaman boleh dicapai melalui laman sesawang www.platselangor.com atau idamanselangor.com.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!