Resepi Nasi Goreng Versi Diet Tapi Sedap Untuk Sarapan

resepi nasi goreng
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Resepi Nasi Goreng Versi Diet Tapi Sedap Untuk Sarapan

Nasi goreng adalah hidangan ringkas yang menjadi kegemaran oleh semua orang. Ia menjadi pilihan bukan sahaja ketika sarapan pagi tetapi pada waktu makan tengah hari, petang mahupun malam.

Bagi individu yang sedang berdiet, makan nasi bukanlah risiko untuk jadi gemuk. Ada banyak tips yang boleh anda aplikasikan dalam skill memasak anda untuk lebih sihat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan resepi nasi goreng yang boleh dicuba.

Baca juga:

Kalori nasi goreng

resepi nasi goreng

Kalori bagi saiz hidangan 1 pinggan atau bersamaan 330 gram adalah sebanyak 637 kalori.

Koleksi resepi nasi goreng sedap

Berikut adalah antara koleksi resepi nasi goreng yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Nasi goreng kampung

resepi nasi goreng

Bahan-bahannya:

  • 1.1 kg nasi putih
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 5-6 tangkai cili padi – hiasan
  • 4 keping fish cake
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 4-5 biji telur
  • 1 kiub ikan bilis
  • ½ sudu besar garam
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 4-5 ulas bawang putih – saiz besar (dikisar)
  • 6-7 biji bawang merah – saiz besar (dikisar)
  • 3 sudu besar ikan bilis (dikisar)
  • ½ sudu kecil belacan (dikisar)
  • 10 tangkai cili padi merah (dikisar)
  • 10 tangkai cili padi hijau (dikisar)

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos ikan, kiub ikan bilis dan gula. Kacau rata. Masukkan fish cake dan kacau rata.
  4. Masukkan telur dan biarkan seketika sehingga telur separuh masak, baru dikacau.
  5. Masukkan batang kangkung dan kacau rata. Masukkan nasi putih.
  6. Masukkan daun sayur kangkung dan cili padi.
  7. Siap!

2. Nasi goreng cili kering

resepi nasi goreng

Bahan-bahannya:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan
  • 1/2 genggam ikan bilis -rendam
  • 1/2 genggam cili kering – rendam dalam air panas
  • 2 biji telur
  • Sayur

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk cili kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga hancur.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga masak
  3. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan seketika.. Bila dah agak keras baru kacau rata.
  4. Masukkan sayur yang telah disediakan.
  5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam ikut selera anda.

3. Nasi goreng cina

resepi nasi goreng

Bahan-bahannya:

  • 1- mangkuk nasi putih
  • 1 – 2 sudu besar mentega
  • Minyak masak
  • 3 – 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • Isi ayam – potong kecil
  • Udang secukupnya- takda pun takpa
  • 1 sudu besar lada sulah – tumbuk
  • 2 biji telur
  • Lobak merah – potong dadu
  • Cili padi – hiris
  • Sayur kubis – hiris panjang
  • Daun bawang – hiris halus

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan lobak merah.
  3. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

4. Nasi goreng kerabu

Bahan-bahannya:

  • Sedikit minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 ketul isi ayam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 batang serai
  • 6-10 ekor udang
  • 3 cawan nasi
  • Sayur kacang panjang
  • Sedikit kicap cair
  • Garam secukup rasa
  • Daun kesum
  • 1/2 – 1 kuntum bunga kantan

Cara penyediaannya:

  1. Hiris kasar bawang putih dan bawang merah. cili padi buang tangkai sahaja.
  2. Masuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kemudian tumbuk halus.
  3. Masukkan cili padi dan tumbuk kasar.
  4. Potong kacang panjang,bunga kantan, serai, daun kesum dan isi ayam.
  5. Pecahkan telur dan masukkan telur dan kacau telur sampai hancur kasar. Bila garing boleh angkat dan ketepikan.
  6. Panaskan baki minyak, masukkan bahan tumbuk kasar dan tumis sampai masak garing.
  7. Masukkan isi ayam, kiub ikan bilis, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, hirisan serai, udang, dan nasi sejuk.
  8. Bila nasi dah masak seroi/ peroi masukkan kacang Panjang dan telur goreng.
  9. Masukkan hirisan daun kesum, bunga kantan, dan kicap cair (pilihan)
  10. Hidangkan dan tabur daun kesum dan bunga kantan.

5. Nasi goreng kailan ikan masin

Bahan-bahannya:

  • 1 keping isi ikan masin tenggiri
  • 6 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 biji telur
  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Kailan secukupnya

Cara penyediaannya:

  1. Goreng ikan masin sehingga masak.
  2. Kemudian angkat dan dicincang.
  3. Kurangkan sedikit minyak goreng ikan masin tadi. Tumiskan pula bawang putih sehingga wangi dan pecahkan telur ke dalamnya.
  4. Biarkan telur masak sedikit baru dikacau kasar-kasar.
  5. Masukkan nasi dan ikan masin lalu kacau sehingga rata.
  6. Tambahkan sos ikan dan kicap cair. Kacau rata.
  7. Besarkan api. Masukkan kailan dan taburkan serbuk lada putih. Kacau rata dan siap.

6. Nasi goreng pattaya

Bahan-bahannya:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
  3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
  5. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses membungkis nasi dengan telur:

  1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
  3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
  4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
  5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
  7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

7. Nasi goreng ladna

Bahan-bahan nasi goreng:

  • Nasi putih
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Kicap secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi goreng:

  1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan nasi dan goreng rata.
  3. Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  4. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
  5. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Bahan-bahan kuah ladna:

  • 1/2 kiub ayam
  • 5-6 ekor udang
  • 2 cawan air
  • 1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
  • 2 sd besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara penyediaan kuah ladna:

  1. Masukkan air ke dalam kuali.
  2. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
  3. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
  4. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
  5. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
  6. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
  7. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Tips memasak makanan lebih sihat

resepi nasi goreng

Terdapat beberapa cara untuk membuat nasi goreng lebih sihat dengan mengekalkan rasanya. Berikut adalah beberapa tips untuk memasak nasi goreng yang lebih sihat:

  1. Gunakan Minyak Masak Sihat: Ganti minyak goreng biasa dengan minyak masak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak bijak, minyak avokado, dan minyak kesumba yang lebih rendah lemak.
  2. Tambahkan Banyak Sayuran: Tambahkan pelbagai jenis sayuran segar seperti lobak merah, kacang pea, kubis, buncis, brokoli, dan lainnya. Ini akan menambah nutrisi dan serat tanpa menambah kalori berlebihan.
  3. Kurangkan Garam dan Kicap: Garam dan kicap dapat meningkatkan sodium dalam nasi goreng. Cubalah mengurangi jumlah garam atau kicap yang digunakan atau gunakan perasa alternatif seperti rempah-rempah atau rempah tradisional untuk memberi rasa.
  4. Pilih Beras Merah atau Beras Perang: Gunakan beras merah atau beras perang sebagai pengganti nasi putih. Beras merah mengandung lebih banyak serat, vitamin, dan mineral.
  5. Pilihan Protein Sihat: Gunakan daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, atau sumber protein dari sayuran seperti tauhu, tempe, atau kekacang.
  6. Elak Penggunaan MSG: Jika memungkinkan, hindari penggunaan penyedap rasa seperti MSG dan ganti dengan bahan alami seperti bawang putih, bawang merah, halia, atau ketumbar.
  7. Ambil Saiz Hidangan Dengan Bijak: Bataskan saiz hidangan nasi goreng yang dimakan. Saiz hidangan yang berlebihan dapat meningkatkan jumlah kalori, meskipun bahan-bahan utamanya sihat.
  8. Gunakan Teknik Memasak yang Sihat: Cubalah untuk memasak nasi goreng dengan cara yang lebih sihat, seperti menumis menggunakan sedikit minyak daripada menggoreng dengan banyak minyak.

Dengan mengikuti tips ini, anda dapat membuat nasi goreng yang lebih sihat dengan rasa yang enak.

Memasak dengan bahan-bahan yang seimbang dan teknik memasak yang tepat akan membantu menciptakan hidangan yang lazat dan lebih sihat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan resepi nasi goreng yang boleh anda jadikan panduan untuk memasak makanan sihat di rumah.

Sumber:

  1. Resepi Nasi Goreng Mudah, Ringkas dan Pasti Sedap. Bidadari.My
  2. Resepi Nasi Goreng Sihat dan Sedap, Sesuai Untuk Yang Nak Diet dan Jaga Badan. Kesihatan Alternatif
  3. Tips Resepi Diet Sihat. Aizat Razak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut