Bagi meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, TNB memberikan rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.
Selain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rebat TNB ini.
Apakah Itu Rebat Elektrik 100% TNB?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.
“Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.
Baca juga:
- MySJ Trace Ganti Fungsi Checkout, Ini Cara Kemaskini Di Aplikasi MySejahtera
- Portal myTNB: Semak dan Bayar Bil TNB Secara Online
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pemberian rebat elektrik banjir ini.
Jumlah Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir
Pemberian rebat adalah dianggarkan berjumlah RM9 juta dan melibatkan anggaran 72,000 pengguna kediaman/domestik yang terjejas merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Pemberian rebat adalah berdasarkan keseluruhan jumlah penggunaan semasa termasuk kesemua komponen bil iaitu unit kegunaan kWj, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), diskaun (sekiranya ada), KWTBB (1.6%), Service Tax (6%) dan surcaj lewat bayar.
Pemberian rebat adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik dan bil anggaran terdahulu (sekiranya ada).
Syarat Kelayakan
Pengguna yang terjejas dari kategori Kediaman (Domestik) dengan tarif A adalah layak menerima rebat bil elektrik ini.
Pengguna yang layak adalah melibatkan premis pengguna kategori Kediaman (Domestik) yang terjejas banjir / premis dinaiki air semasa banjir bulan Disember 2021 iaitu bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Pengguna dikenalpasti layak menerima rebat adalah pengguna di mana premis kediaman terjejas / premis dinaiki air semasa tempoh bencana banjir.
Tempoh Pemberian Rebat
Pemberian rebat adalah 100% bagi bil elektrik bulan Disember 2021 semasa tempoh banjir berlaku dan tiada jumlah dihadkan.
Pemberian rebat adalah berdasarkan tempoh pembilan Disember 2021 di mana;
- Tempoh pembilan di antara 1hb – 17hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.
- Tempoh pembilan di antara 18hb – 31hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021.
Pemberian rebat 100% adalah secara one-off untuk bil bulan Januari 2022.
Sila rujuk contoh bil di bawah:
Penyata Rebat Bantuan Banjir yang akan diserahkan bersama bil elektrik bulan Januari 2022.
- Jika bil Disember 2021 anda di antara 1 – 17 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022
- Jika bil Disember 2021 anda di antara 18-31 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021
Bagaimanakah Pengiraan Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir Dibuat?
Pemberian rebat adalah berdasarkan keseluruhan jumlah penggunaan semasa bagi bulan Disember 2021 termasuk kesemua komponen bil iaitu unit kegunaan kWj, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), diskaun (sekiranya ada), KWTBB (1.6%), Service Tax (6%) dan surcaj lewat bayar.
Pemberian rebat adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik (sekiranya ada).
Cara Permohonan / Pemberian Rebat
Pemberian rebat akan diberikan secara automatik ke atas akaun pengguna yang telah dikenalpasti layak yang termasuk dalam senario di atas.
Namun, jika anda mengalami banjir dan tidak tersenarai dalam penerima rebat ini, sila hubungi TNB CareLine atau Kedai Tenaga yang berdekatan dengan memajukan Borang Pengesahan Rebat Bantuan Banjir berserta pengesahan yang diperolehi dari agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Masyarakat.
Pihak TNB akan membuat semakan dan pengesahan susulan sebelum meluluskan pemberian rebat bagi pengguna yang layak. Tarikh akhir permohonan rebat kepada pihak TNB adalah pada 28 Februari 2022.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tnb.com.my/rebatbantuanbanjir atau hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454; atau
E-mel [email protected]; atau
Kedai Tenaga yang berdekatan.
- Laman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/
- Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/
Sebarang pertanyaan berkaitan rebat ini bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :
1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua