Rayuan Haji 2025 : Permohonan Online THiJARI & Syarat

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1446H / 2025M bermula Khamis, 19 Disember 2024.

Pemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji telah dikeluarkan bermula pada 16 Disember 2024 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.

Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Bagi yang tidak terpilih, rayuan_haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.

Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store. Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.

rayuan haji 2025

Bagi musim 2025 ini, pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 jenis rayuan berikut:

  1. Mahram
  2. Pembantu jemaah lanjut usia
  3. Pembantu jemaah kelainan upaya (OKU)
  4. Giliran sebelum tahun semasa
rayuan haji 2025

Cara Daftar Pengguna THiJARI

Pendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.
rayuan haji 2025

Cara Permohonan Rayuan Haji Online di THiJARI

Permohonan rayuan bagi 1446H / 2025 M dibuka mulai 19 Disember 2024 (Khamis).

Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my

Rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.

Sila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:

  1. Login ke THiJARI.
  2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
  3. Pilih Menu Rayuan_Haji.
  4. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
  5. Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
  6. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
  7. Klik pada ruangan Berikutnya.
  8. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
  9. Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
  10. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
  11. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
  12. Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
  13. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.
rayuan haji 2025

LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN-HAJI MELALUI THIJARI

LOGIN KE THIJARI

rayuan haji 2023

PILIH ‘PERKHIDMATAN HAJI’

rayuan haji 2023

KLIK ‘RAYUAN HAJI’

rayuan haji 2023 thijari

NYATAKAN SEBAB-SEBAB PERMOHONAN ANDA

LENGKAPKAN BUTIRAN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN.

Kategori & Contoh Alasan Rayuan

Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  3. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
  4. Isteri untuk mengikut suami Terpilih
  5. Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
  6. Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Bakal haji Mualaf
  8. Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  9. Bakal haji Daftar lama
  10. Lain-lain Rayuan

Soalan Lazim Rayuan Haji

Sila rujuk kategori dan garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu haji dalam paparan di bawah:

Baca juga: Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh

Maklumat Lanjut

Rujuk info lebih terperinci dengan klik di perkara berikut:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut