Bagi anda yang telah GAGAL pada pemilihan pertama Geran Khas Prihatin 2.0, anda boleh membuat permohonan rayuan GKP bermula 7 Disember 2020.
Permohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Berikut dikongsikan prosedur permohonan dan senarai dokumen diperlukan sepanjang proses tersebut.
Rayuan GKP 2.0
Perlu diingatkan pertukaran perniagaan bagi tujuan rayuan GKP tidak dibenarkan.
Contohnya anda memiliki perniagaan A yang berstatus tidak lulus, namun ingin membuat rayuan semula menggunakan perniagaan B — adalah tidak dibenarkan.
Kod Alasan Tidak Lulus
Kod Alasan | Alasan Tidak LULUS | Keterangan |
01 | TIDAK BEROPERASI 2020 | Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang |
02 | JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K | Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
03 | JUALAN >= 300K | Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
04 | TIDAK WUJUD DI AGENSI | Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020 |
05 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
06 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
07 | ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1 | Perniagaan melebihi satu permohonan |
Baca juga:
Dokumen Diperlukan
Berikut senarai semak dokumen yang diperlukan bagi proses rayuan mengikut kategori.
Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen.
Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.
Tarikh Pembayaran Rayuan GKP
Tarikh pembayaran rayuan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Atau layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
Soalan Lazim
Anda boleh membuat rayuan semula bermula 7 Disember di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Tidak boleh.
RM3,000 secara one-off.
Sila rujuk di sini.
Tarikh pembayaran rayuan GKP akan diumumkan dari semasa ke semasa.