Ragbi Piala Agong 2023: Pasukan & Jadual Perlawanan

Kejohanan ragbi Piala Agong 2023 merupakan acara tahunan yang dinantikan semua pasukan dari Malaysia yang mana pasukan bertanding juga turut dibarisi oleh pemain import.

Kesatuan Ragbi Malaysia kali ini memperuntukkan hampir RM60,000 bagi jumlah keseluruhan wang kemenangan pada tahun ini, sekali gus memeriahkan lagi penganjuran saingan untuk mana-mana pasukan bergelar juara.

Kejohanan ragbi Piala Agong edisi lepas menyaksikan Putrajaya muncul juara selepas menewaskan Terengganu, manakala Polis Diraja Malaysia di tempat ketiga dan ATM keempat.

Senarai Pasukan

Ragbi Piala Agong
Pembahagian kumpulan Piala Agong

Sebanyak 14 pasukan yang beraksi dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong 2023.

Berikut merupakan senarai pasukan yang menyertai kejohanan edisi ke-39 ini:

  • Putrajaya
  • Johor
  • Kelantan
  • ATM
  • PDRM
  • Pahang
  • Melaka
  • Kuala Lumpur
  • Perlis
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Sarawak
  • Sabah

Artikel menarik: Jadual Perlawanan JDT 2023 Tempatan / Antarabangsa

Format Pertandingan

Bagi pusingan awal ragbi Piala Agong 2023, perlawanan diakan di peringkat kumpulan yang akan dimainkan secara liga satu pusingan  (round-robin) mengikut kumpulan masing-masing dengan juara kumpulan A, B, C, D dan E akan layak ke suku akhir.

Tiga pasukan kedua terbaik daripada kumpulan A, B, C dan D juga akan turut layak ke suku akhir yang akan berlangsung di padang ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 dan 15 Oktober.

Pasukan yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir akan bermain pada 18 Oktober dan seterusnya penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 21 Oktober di Stadium Ragbi Perak.

Bagi tahun ini, KRM masih mengekalkan jumlah kuota pemain import, iaitu empat pemain boleh didaftarkan dalam senarai panjang 40 pemain dengan hanya tiga pemain dibenarkan beraksi dalam padang pada setiap perlawanan yang dijalankan.

> Dapatkan koleksi Ragbi Malaysia di Shopee

Jadual perlawanan

jadual Ragbi Piala Agong

Infografik di atas adalah jadual penuh kejohanan ragbi Piala Agong 2023 yang bermula pada 23 September 2023.

Tonton Siaran Langsung

Perlawanan ragbi Piala Agong 2023 boleh ditonton secara siaran langsung melalui halaman rasmi Rugby Malaysia di pautan https://www.facebook.com/malaysiarugbyofficial/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!