Proton X50 merupakan kereta SUV keluaran Proton yang telah dikeluarkan pada tahun 2020.
Sebagai perbandingan, X50 adalah SUV paling kecil jika dibandingkan dengan X70 dan X90.
Dipasarkan sebagai SUV segmen B, model ini telah diumumkan secara rasmi pada 15 September 2020 dan dilancarkan pada 27 Oktober 2020.
Model ini merupakan SUV kedua daripada jenama itu selepas X70.
Rekabentuk X50 ini diubahsuai dari model kereta Geely Binyue dengan beberapa perubahan, termasuk penukaran pemanduan sebelah kanan dan beberapa pelarasan mekanikal.
Berbeza dengan X70 yang pada mulanya diimport dari China, X50 dibina di kilang Proton di Tanjung Malim dari hari pertama dengan kandungan tempatan sebanyak 40 peratus dan mengandungi 406 bahagian khusus untuk X50.
Artikel berkaitan: Proton X70 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi
Varian dan Harga Proton X50 Terkini (2024)
Pada pelancarannya, X50 tersedia dalam empat varian iaitu:
- Standard
- Executive
- Premium
- Flagship
X50 berharga RM79,200 untuk varian asas 1.5T Standard, RM84,800 untuk Eksekutif, RM93,200 untuk Premium dan RM103,300 untuk 1.5 TGDi Flagship.
Harg jualan bagi Malaysia Timur adalah RM2,000 lebih tinggi secara keseluruhan – ini berbeza daripada X70, yang harganya sama di kedua-dua belah negara.
Warna
Enam warna ditawarkan, hanya tiga daripadanya tersedia untuk model Standard – Snow White, Armor Silver dan Ocean Blue.
Varian Executive juga boleh didapati dalam Jet Grey dan Citric Orange manakala pembeli Premium dan Flagship pula mempunyai pilihan warna Passion Red, rona vermilion padu.
Varian Flagship hanya datang dalam skema warna dua tona.
Spesifikasi
X50 ditawarkan dengan dua pilihan enjin di Malaysia, kedua-duanya adalah unit tiga silinder 1.5 liter dengan pengecas turbo berkod JLH-3G15TD yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo.
Varian enjin suntikan port tersedia sebagai standard, dan enjin suntikan terus untuk varian Flagship.
Untuk ciri keselamatan, X50 dilengkapi dengan empat beg udara, kawalan kestabilan kenderaan, bantuan permulaan bukit, kawalan turun bukit dan sauh tempat duduk kanak-kanak ISOFIX belakang sebagai standard.
Kemasan atas akan menerima enam beg udara dan sistem pemantauan tekanan tayar, manakala trim Flagship mendapat suite keselamatan Advanced Driving Assistance System (ADAS) yang merangkumi kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi berhenti dan pergi, bantuan pemusatan lorong, brek kecemasan autonomi dengan pengesanan pejalan kaki, bantuan menjaga lorong, pemantauan titik buta dan pancaran tinggi automatik.
Maklumat rasmi dan Test Drive Proton X50
Untuk maklumat rasmi Proton X50, sila layari halaman rasmi Proton di pautan https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx50
Sekiranya anda berminat untuk test drive model X50 ini, sila kunjungi pusat jualan Proton berhampiran anda.