PROSEDUR MASUK KE MALAYSIA TERKINI – BERMULA 1 APRIL 2022
Sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19, kerajaan bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 April 2022.
Laluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian juga telah dibuka, dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin, dan tidak perlu menjalani ujian PCR/RTK pada pra-pelepasan dan ketibaan.
Pembukaan semula sempadan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui sebuah Sidang Media Rasmi KKM.
Berikut dikongsikan prosedur kemasukan ke Malaysia bermula 1 April 2022.
Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022
SEBELUM BERLEPAS
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Lengkapkan borang sebelum berlepas (pre-departure form melalui ikon Traveller di MySejahtera)
- Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikan
- Tidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikan
- Lakukan ujian PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atas
- Bekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), haya perlu menjalani RTK-Ag prefesional
- Pastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan bagi pengembaraan bagi bukan warganegara
SELEPAS KETIBAAN
- Lakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan
- Jalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap atau tidak divaksin
- Ujian RTK-AG
- Ujian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan
- Ujian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser test) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.
- Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembara
- Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional
Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.
Definisi Status Vaksinasi Bermula 1 April 2022
Berikut adalah definisi status vaksinasi bagi 18 tahun ke atas berkuatkuasa 1 April 2022.
Prosedur Masuk Ke Malaysia Yang Dimansuhkan
Untuk memudahkan perjalanan dan urusan pengembara, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia bermula 1 April 2022:
- Permohnoan kuarantin di rumah
- Gelembung pelancongan Pulau Langkawi
- Penjejak digital
- Senarai negara berisiko tinggi
- Ujian PCR dari KKM di KLIA
- MyTravelPass
- Program OSC (one Stop Centre) di bawah MIDA
*Operasi saringan COVID-19 oleh fasiliti kesihatan swasta masih dijalankan kerana pengembara mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag profesional atau ujian nafas pengesanan (breathalyser) sebaik tiba di lapangan terbang.
Baca juga:
- Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19
- Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin
Pembukaan Sempadan Darat Malaysia – Singapura
Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.
Pengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:
- Memohon kelulusan kemasukan
- Menjalani kuarantin
- Melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas
- Melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan
Keistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.