Program Transformasi Sekolah TS25

PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program TS25 ini untuk makluman semua.

Apakah Program Transformasi Sekolah (TS25)?

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM  2013 – 2025).

Program TS25 bermula bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017, sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018, sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat sebanyak 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula, tambahan sebanyak 500 buah sekolah lagi telah dilibatkan dalam program ini di seluruh Malaysia.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pegawai SIPartners+ dan Pegawai SISC+.

Menjelang tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program Transformasi Sekolah TS25

Matlamat Program

Matlamat Program TS25 adalah untuk :

  • Kepimpinan

Memantapkan kepimpinan sekolah;

  • Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP); dan

  • Penglibatan Komuniti

Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Objektif TS25

Objektif utama program TS25 adalah untuk :

  • mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP);
  • membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan
  • membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep Program Transformasi Sekolah (TS25)

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
  3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
  4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
  5. Komitmen komuniti yang padu.
Program Transformasi Sekolah TS25

Elemen Kemenjadian Murid :

Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti :

Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.

Peranan Rakan Elit

Rakan ELIT Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) berperanan memberi sokongan profesional kepada sekolah-sekolah di bawah Program TS25.

*Sokongan profesional : Bimbingan / Pementoran / Kunjung bantu / Khidmat nasihat /

Konsultasi / Perundingan / dll.

Sumber: https://jpnpp.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!