Program Sayangi Rumahku 2022: Mohon Bantuan Baikpulih Rumah Uzur

program sayangi rumahku
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku 2022

Bantuan baik pulih dan bina baharu rumah yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur kini ditawarkan bagi pemohon yang layak.

Di sini kami kongsikan info lanjut tentang syarat, cara permohonan untuk makluman bersama.

Apakah Program Sayangi Rumahku?

Program ini menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA BAYARAN bagi rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.

Terdapat 2 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu:

  1. Bantuan Baik Pulih
    • Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
  2. Bantuan Bina Baharu
    • Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki

Kriteria Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan Berkahwin
  2. Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak
  3. Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung
  4. Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)
  5. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  6. Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

Baca juga:

Cara Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929 / 05-246 0998.

ATAU

Sila rujuk ke

  • Pejabat Yayasan Perak
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
    30000, Ipoh, Perak
  • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
  • Pejabat ADUN
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut