Tawaran Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda (PJJ UUM) Sesi 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia (PJJ UUM) kini dibuka.

Inisiatif yang digerakkan oleh Profesional and Continuing Education Centre (PACE) ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk membaiki kualiti hidup menerusi peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.

Untuk makluman, program ini menawarkan kemasukan bagi sesi Januari, April, Julai dan Oktober.

Baca Juga : Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023

Manfaat Program PJJ UUM

 Antara manfaat yang bakal diterima oleh pelajar Program PJJ UUM adalah :

  • Penggunaan modul dalam Bahasa Melayu
  • Program diiktiraf oleh MQA
  • Pinjaman PTPTN
  • Bayaran yuran secara ansuran
  • Kemudahan pindah dan tumpang Pusat Pembelajaran

Program Yang Ditawarkan

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ UUM) ini menawarkan bidang pengajian seperti berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [Bcomm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]

Syarat Kemasukan Program PJJ UUM

Calon yang berminat untuk sertai program ini perlulah menepati syarat kemasukan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Calon hendaklah mempunyai kelulusan SPM dengan 4 Kepujian termasuk BM
  • Lulus Matematik/Prinsip Akaun/Perdagangan /Ekonomi Asas
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 3 tahun

Kaedah Pembelajaran

Program PJJ UUM ini akan dijalankan mengikut kaedah berikut :

  • Pertemuan kuliah akan diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah akan dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  • Modul berbentuk CD yang komprehensif adalah bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus. Modul ini akan dibekalkan kepada setiap pelajar.
  • Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.

Cara Memohon

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :

Permohonan Kemasukan Program Kemasukan Pendidikan Jarak Jauh Sesi 2022/2023

Calon perlulah mengisi borang dengan betul dan lengkap. Sekiranya permohonan dihantar lewat, permohonan akan diproses pada semester seterusnya.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai PJJ UUM ini, sila layari laman web rasmi PACE UUM.  

Bantu kami share artikel ini: