Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bagi Remaja Berumur 12 – 17 Tahun (PICK Remaja) Di Portal Vaksin Anakku / MySejahtera

Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.

Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.

Justeru, KKM menyasarkan supaya;

  • 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
  • 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pendaftaran vaksin remaja melalui Portal Vaksin Anakku.

Cara Daftar Portal Vaksin Anakku Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun

Semua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal Portal Vaksin Anakku bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Rujuk langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Layari vaksinanakku.herokuapp.com
  2. Daftar sebagai pengguna.
  3. Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.
  4. Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah. (Muat turun borang di bawah)

Manakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

Berikut merupakan borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.

Kesan Sampingan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting).

Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

  • Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
  • Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
  • Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
  • Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
  • Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
  • Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
  • Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
  • Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga: Panduan Vaksin Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera

Maklumat Lanjut

Berikut adalah maklumat vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.

portal vaksin anakku
portal vaksin anakku

Baca juga: Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In, Hanya Perlu Tunjuk Kad Matrik

Bantu kami share artikel ini: