Permohonan Sekolah Khusus 2025 (SBP/SMKA Tingkatan 1 & 4)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2025 / 2026 (PKSK)

INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info semakan kemasukan ke Sekolah_Khusus bagi sesi 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM.

Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Apakah Sekolah Khusus?

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (STEM)

Pelaksanaan kurikulum di SBP (STEM) adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.

Di SBP ini, menawarkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Murid juga akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi. Di Samping itu, murid juga akan wajib mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Korea yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

Pelaksanaan kurikulum di SBP (Agama) adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Kurikulum di SBP (Agama) ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.

SBP (Agama) ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Pendidikan Islam. Manakala bagi mata pelajaran wajib yang ditawarkan adalah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi serta Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik. Di samping itu, murid juga akan mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan yang wajib iaitu Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran tambahan pilihan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman atau Bahasa Perancis yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PAKEJ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

Matlamat utama pelaksanaan TMUA di SBP adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pelaksanaan TMUA dia SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang :

i. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran;

ii. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, berketrampilan, berwibawa dan berkepemimpinan;

iii. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan

iv. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Program TMUA ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam. Mata pelajaran wajib yang akan murid ikuti ialah Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi serta Pendidikan Seni. Di samping itu, murid juga akan diwajibkan mengikuti mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman atau Bahasa Perancis yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) – ALIRAN AGAMA

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 50 buah sekolah sehingga kini.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Allahyarham Dato Haji Mohamed Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang lengkap. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) – TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilai Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul Albab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, YB Datuk Seri Idris bin Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang murid dan 15 orang guru. TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Sehingga tahun 2022, TMUA telah berkembang pelaksanaannya kepada 11 buah sekolah di SMKA dan 4 buah sekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Maklumat lanjut:

KAPASITI SEKOLAH KHUSUS permohonan sekolah khusus PKSK 2024

Pilihan Pakej Matapelajaran

Pilihan pakej mata pelajaran adalah seperti berikut:

Jenis Sekolah KhususPakej Mata Pelajaran yang ditawarkan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)Sains
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Syarat Permohonan Sekolah Khusus / PKSK 2025

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  3. Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2024
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013
  4. Murid Tingkatan 3 Sesi 2024
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
permohonan sekolah khusus PKSK 2024
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
  • Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
  • PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
  • Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA).

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Khusus / PKSK

Tarikh permohonan PKSK 2023 bagi sesi kemasukan 2024 / 2025 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:

Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 8 September 2024
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024

Sila rujuk garis masa PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2025/2026 di bawah:

Cara Permohonan Sekolah Khusus 2025

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

permohonan sekolah khusus sbp 2025 pksk

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Panduan asas permohonan adalah seperti berikut:

permohonan sekolah khusus sbp 2025 pksk
  1. Mohon maklumat PBD yang terkini daripada Guru Kelas Murid
  2. Kemaskini maklumat di SPATKPM, iaitu Modul Pengurusan Murid* (jika perlu)
  3. Mengisi permohonan dan memastikan medan wajib telah diisi
  4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap sebagai rujukan

Modul Pengurusan Murid merupakan satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) dan Sekolah Swasta yang menggunakannya.

Maklumat lanjut, sila rujuk : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/panduan.cfm

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2025

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 adalah pada sekitar bulan Mac 2025 bagi ambilan pertama.

Tarikh Rayuan

Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sila rujuk: Rayuan Sekolah_Khusus 2024 & Tarikh Pendaftaran Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah_Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): https://www.moe.gov.my/

Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:


Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut