Yayasan Selangor dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 telah dibuka dan calon yang terpilih untuk temuduga telah diumumkan.
Tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini dibuka kepada semua rakyat negeri Selangor yang sedang belajar ataupun yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Pembiayaan yang ditawarkan ini adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah tanpa faedah dikhususkan hanya kepada pemohon dalam kalangan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.
Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Semua rakyat negeri Selangor yang berkelayakan adalah dipersilakan untuk memohon tertakluk syarat dan had peruntukan yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan info lanjut dan semakan permohonan untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor?
Yayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang memenuhi syarat kelayakan.
Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Syarat Kelayakan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sesi September 2021
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
- Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
- Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
- Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.
Baca juga: Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)
Tarikh Tawaran
Tawaran ini adalah dibuka untuk permohonan bermula pada 1 September 2021 sehingga 30 September 2021.
Cara Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Selangor 2021
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan : Borang Pinjaman Pelajaran YS
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:
Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:
- Telefon: 03 – 7669 1237 / 188 / 243 / 162
- Email: [email protected]
PANGGILAN TEMUDUGA PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
Rujuk senarai nama temuduga Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sesi September 2021 di pautan berikut:-
https://bit.ly/3CcvDNX
Semoga berjaya bagi pelajar yang telah ditemuduga.
Sila bersedia kepada pelajar yang akan menghadapi sesi tersebut pada hari ini dan esok.
Selamat maju jaya!
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat, kaedah dan borang permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Selangor di pautan http://yayasanselangor.org.my/.
Untuk maklumat lanjut berkenaan siaran media ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor di talian 03-76691 118 / 210 / 117, email: [email protected]
Like, Share, Subscribe & Follow Media Sosial Yayasan Selangor sebagai tanda sokongan anda.
https://linktr.ee/yayasanselangor
Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi bantuan dan galakan dalam bidang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia khasnya di negeri Selangor yang kurang kemampuan tetapi berpotensi. Sehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya selaras dengan visinya untuk “menyediakan prasarana pendidikan yang efektif dalam membentuk generasi insan kamil”.