Piala Presiden 2024: Senarai Pasukan & Format

Piala Presiden kembali lagi bagi musim 2024.

Edisi tahun 2023 menyaksikan JDT III menjadi juara sementara pasukan Negeri Sembilan B-21 muncul Naib Juara.

Diharapkan kejohanan tahunan ini dapat mencungkil lebih banyak banyak pemain-pemain muda agar dapat mewakili pasukan senior kebangsaan pada masa hadapan.

Bagi musim 2024, kejohanan ini secara rasminya bermula pada 21 April.

Mengikut rekod sejarah, pasukan Kelantan B21 adalah pasukan yang memenangi kejohanan ini paling banyak iaitu sebanyak 7 kali.

Apa itu Piala Presiden?

johan piala presiden 2023

Piala Presiden adalah kejohanan bola sepak kebangsaan bagi pemain di bawah 21 tahun.

Ada sebuah lagi kejohan yang di beri nama Piala Belia, saingan untuk pemain di bawah 19 tahun.

Kedua-dua kejohanan ini memberi peluang kepada pemain muda untuk mempertunjukkan bakat mereka dan membina pengalaman dalam persaingan bola sepak yang sengit.

Pasukan-pasukan yang telah mengesahkan slot ke kejohanan ini akan bersaing untuk meraih kejuaraan dan kejohanan ini menjadi platform bagi para pemain membuktikan kebolehan mereka agar terpilih mewakili negara.

Kejohanan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1945.

Senarai pasukan

piala presiden 2024

Secara rasminya 16 pasukan akan bertanding bagi Piala Presiden 2024 al ini.

Pada 6 N 2023 yang lalu, Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju kesemua pasukan Liga Super musim depan diwajibkan menghantar pasukan bagi Piala Presiden dan Piala Belia.

Berikut merupakan senarai pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini:

KUMPULAN A

  • JDT III
  • Sabah FC
  • Terengganu FC III
  • KL City FC
  • Perak FC III
  • Akadmi Mokhtar Dahari B-17
  • Melaka FA
  • Kelantan FA

KUMPULAN B

  • Negeri Sembilan FC
  • Kuching City FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • Penang FC
  • Kelantan United FC
  • Sri Pahang FC
  • Selangor FC
  • PDRM FC

Artikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Format kejohanan

Mengikut sejarah format kejohanan Piala Presiden pernah mengalami beberapa kali perubahan sebelum ini.

Berikut merupakan format kejohanan Piala Presiden 2024 yan akan digunakan:

  • Peringkat kumpulan: 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu dari Kumpulan A hingga Kumpulan D. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan dalam kumpulan masing-masing.
    • Selepas 12 perlawanan dalam kumpulan, dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke liga satu, baki lapan pasukan terbawah setiap kumpulan akan di letakkan ke liga dua.
  • Peringkat liga: 16 pasukan dibahagi kepada dua liga kumpulan iaitu liga satu di isi lapan pasukan dan liga dua juga di isi lapan pasukan. Pasukan akan bermain satu perlawanan tunggal dengan pasukan dalam liga masing-masing, dimana venue perlawanan akan ditentukan penganjur.
    • Selepas perlawanan liga, lima pasukan pasukan teratas dari liga satu dan dua pasukan dari liga dua beserta pemenang play-off antara pasukan yang berada di kedudukan ke-6 liga satu dan kedudukan ke-3 liga dua akan mara ke suku akhir.
  • Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!