Piala MFL 2024 – Siaran Langsung, Keputusan, Jadual Perlawanan

Piala MFL 2024 merupakan Liga Simpanan Bawah-23 2023 bagi Liga Super Malaysia.

Piala MFL 2023 merupakan edisi pertama penganjuran kejohanan ini yang dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pemain remaja berumur bawah 23 tahun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Piala MFL bagi musim 2024/2025.

Pengenalan Piala MFL

Kejohanan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pemain berumur 23 tahun untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, kejohanan ini merupakan medium terbaik bagi para pemain ini untuk menunjukkan kebolehan agar terpilih untuk bermain dengan pasukan utama mereka di Liga Super Malaysia.

Bagi meningkatkan daya saing dan intensiti saingan Piala MFL, kuota pemain lebih umur dan pemain asing pertandingan ini juga akan dibuka untuk digunakan mengikut keperluan dan percaturan setiap kelab dengan maksimum 3 pemain asing dan 2 pemain lebih umur di atas padang pada satu-satu masa.

Piala MFL juga memberi peluang kepada 5 orang pemain senior untuk kekal beraksi secara kompetetif dan mengekalkan kecergasan mereka walaupun tidak lagi layak untuk bermain dengan pasukan utama di Liga Super Malaysia.

Artikel berkaitan: Jadual Liga Super 2023: Kedudukan Terkini & Tarikh Perlawanan

Format Pertandingan

Untuk makluman, Piala MFL musim 2024/2025 akan menggunakan format liga satu kumpulan berbanding format dua kumpulan yang digunakan pada 2023.

Perubahan format ini dilihat akan menyediakan lebih banyak perlawanan kepada pemain-pemain dan juga seperti yang diminta oleh kelab-kelab untuk meningkatkan kesediaan dan pendedahan pemain bawah 23 tahun (B23) sebelum diserap ke pasukan Liga Super pada bila-bila masa.

Senarai Pasukan Bertanding

Penyertaan untuk Piala MFL ini terdiri dari kesemua skuad bawah 23 tahun dari kesemua 14 pasukan yang bertanding dalam Liga Super.

Selain itu, turut melengkapkan senaria 15 pasukan dalam kejohanan ini adalah pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Projek FAM-MSN.

Senarai penuh pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah seperti yang berikut:

Kumpulan A

  1. Terengganu FC II
  2. PDRM B23
  3. Kedah Darul Aman B
  4. Johor Darul Ta’zim II
  5. Penang B23
  6. Sabah II
  7. Kelantan United B
  8. Skuad Projek FAM-MSN

Kumpulan B

  1. KL City Extention
  2. Negeri Sembilan II
  3. Sri Pahang II
  4. Selangor FC 2
  5. Perak FC II
  6. Kuching City II
  7. Kelantan II

Jadual Perlawanan Terkini Piala MFL 2024

Bagi peminat bola sepak Malaysia yang ingin mengikuti perlawanan Piala MFL, Malaysian Football League (MFL) telah mengemaskini jadual perlawanan selepas pengesahan venue Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC selaku Pasukan Tuan Rumah – https://www.malaysianfootballleague.com/…/Post/Watch/1038

Siaran Langsung [LIVE Streaming]

Saksikan saingan PialaMFL 2024 secara langsung di beberapa saluran seperti berikut:

Bantu kami share artikel ini: