Piala Dunia Sepak Takraw 2025: Jadual Perlawanan, Pasukan Terlibat, Senarai Pemain Malaysia
Malaysia bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2025 bermula pada 20 hingga 25 Mac 2025 ini.
Sebanyak 18 negara telah mengesahkan penyertaan dan bakal bertanding di Stadium Tertutup Patliputra di Kankarbagh, Patna – Bihar, India.
Piala Dunia Sepaktakraw BIHAR 2025 bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat elit Sepaktakraw, tetapi juga satu peluang untuk mempromosikan sukan ini ke seluruh lima benua.
Acara ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kesukanan antara negara, sambil menggalakkan pertumbuhan Sepaktakraw sebagai sukan yang berdaya saing.
Acara ini menjanjikan sau kejohanan Sepak Takraw yang paling berprestij dalam kalendar sukan Sepak Takraw antarabangsa.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan & Sejarah Piala Dunia Sepak Takraw
Piala Dunia Sepak Takraw pertama kali dianjurkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada tahun 1990-an.
Tujuannya adalah untuk menyatukan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dan mempromosikan sukan ini ke pentas antarabangsa.
Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun dan disertai oleh negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Korea Selatan, dan Jepun.
>> Sepak Takraw adalah sukan yang menggabungkan elemen bola sepak dan bola tampar. Pemain menggunakan kaki, lutut, dada, dan kepala untuk memukul bola rotan ke atas jaring.
Tarikh & Lokasi Piala Dunia Sepak Takraw 2025
Tarikh berlangsungnya Piala Dunia Sepak Takraw 2025 adalah bermula pada 20 hingga 25 Mac 2025.
Lokasi pertandingan ialah Stadium Tertutup Patliputra di Kankarbagh, Patna – Bihar, India.
Pasukan Terlibat
Perlawanan kali ini akan melibatkan 18 negara daripada seluruh dunia, iaitu:
- Malaysia
- Jepun
- Thailand
- Indonesia
- Vietnam
- China
- India
- Singapura
- Perancis
- Jerman
- Iran
- Pakistan
- Bangladesh
- Nepal
- Sri Lanka
- China-Taipei
- Myanmar
- Amerika Syarikat
Acara Dipertandingkan Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2025
Berikut merupakan senarai acara yang dipertandingkan untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2025 kali ini:
Kategori Lelaki
- Acara Quad
- Acara Double
- Acara Regu
Kategori Wanita
- Acara Quad
- Acara Double
- Acara Regu
Kategori Campuran
- Acara Quad
12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.
Kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.
Negara yang beraksi dalam kategori Premier ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Korea Selatan, Jepun, Filipina, China, Vietnam, Myanmar dan Brunei.
Manakala, Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan. Negara yang terlibat ialah dua negara eropah iaitu Perancis dan Jerman serta 7 negara Asia, Bangladesh, Taiwan, Iran, Nepal, Pakistan, Arab Saudi dan Sri Lanka.
Senarai Pemain Malaysia
Malaysia akan menyertai acara Quadrant dan Double bagi kedua-dua skuad.
Senarai penuh skuad lelaki:
- Noraizat Nordin
- Amirul Zazwan
- Shahalril Aiman
- Norfaizzul Razak
- Fitri Aswadi
- Aidil Aiman
Senarai penuh skuad wanita:
- Norzubaidah
- Aziera Lusian
- Kamisah
- Hadinavilla
- Emilia Eva
- Nur Fatihah
Jadual Perlawanan – Melibatkan Malaysia
Berikut merupakan jadual Perlawanan ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2025 yang melibatkan Skuad Kebangsaan.
Aksi Skuad Kebangsaan 20 Mac 2025 | Khamis
Aksi Skuad Kebangsaan 21 Mac 2025 | Jumaat
Artikel berkaitan: Takwim Kejohanan MSSM 2025 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)
Jadual dan Keputusan Perlawanan Penuh
Berikut ialah jadual penuh perlawanan bermula dari Hari 1 sehingga Hari ke-6 perlawanan. Rujuk gambar di bawah.
Hari Pertama – 20 Mac 2025
Hari Kedua – 21 Mac 2025
Hari Ketiga – 22 Mac 2025
Hari Keempat – 23 Mac 2025
Hari Kelima – 24 Mac 2025
Hari Keenam – 25 Mac 2025
Perlawanan akhir (Grand Final) akan berlangsung pada 25 Mac 2025.
Panggilan Negara, Selamat Berjaya Malaysia! 🔥⚡️
Maklumat Lanjut & Pautan Live Streaming
Bagi yang ingin menonton kejohanan ini secara langsung, anda boleh menontonnya melalui Astro Arena dan RTM.
Berikut adalah pautan secara LIVE Piala Dunia Sepak Takraw 2025 melalui saluran berikut:
- FB PSM: https://www.facebook.com/persatuansepaktakrawmalaysia
- Youtube WeAreSepaktakraw: https://www.youtube.com/@WeAreSepaktakraw
- RTM TV Okey: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
- Astro Arena: Sooka
- FB ISTAF: Sepaktakraw World Cup
- FB BolaRotan: https://www.facebook.com/BolarotanTV
Segala maklumat terkini juga akan dikemaskini di artikel ini dari masa ke semasa.