Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Portugal

Walaupun pasukan bola sepak Portugal mungkin bukanlah pilihan terbaik untuk memenangi Piala Dunia 2022, kekuatan pasukan ini juga tidak boleh dipandang rendah dan tidak mustahil mampu mencipta kejutan.

Portugal akan membuat penampilan kelapan dalam Piala Dunia di Qatar dan jurulatih Fernando Santos berharap pasukannya dapat memenuhi jangkaan.

Mereka masih belum menjulang piala yang diidam-idamka ini dan keputusan terbaik mereka ialah penamat tempat ketiga pada tahun 1966.

Mungkinkah ini masanya Cristiano Ronaldo dapat menjulangnya buat kali pertama memandangkan in kemungkinan besar penampilan terakhirnya di peringkat Piala Dunia?

Mari lihat senarai penuh skuad bola sepak Portugal pada Piala Dunia 2022 ini.

Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Portugal

bola sepak portugal
Sumber: FIFA

Penjaga Gol

NamaKelab
Rui PatricioRoma
Jose SaWolves
Diogo CostaPorto

Penjagaan gol sepatutnya menjadi kebimbangan Santos di Qatar.

Walaupun terdapat banyak pilihan untuk dipilih, tiada satu pun boleh dikira sebagai antara yang terbaik di dunia.

Penjaga veteran Rui Patricio secara tradisinya menjadi pilihan utama tetapi dia seringkali terdedah kepada kesilapan.

Diogo Costa dari Porto ialah seorang penjaga gol muda dan dikenali sebagai pemai yang mengagumkan tetapi tidak mempunyai pengalaman bermain di pentas terbesar.

Qatar boleh menjadi peluang beliau mengambil peranan utama, dan benar-benar mengumumkan dirinya kepada dunia.

Jose Sa dari Wolves mungkin menjadi pilihan ketiga untuk Santos, tetapi masih belum membuat penampilan sulung pasukan kebangsaan seniornya.

Pertahanan

NamaKelab
PepePorto
Ruben DiasManchester City
Joao CanceloManchester City
Nuno MendesPSG
Diogo DalotManchester United
Antonio SilvaBenfica
Raphael GuerreiroBorussia Dortmund
Danilo PereiraParis Saint-Germain

Skuad bola sepak Portugal mempunyai barisan pertahanan yang mantap diketuai oleh kapten Manchester City, Ruben Dias.

Beliau mungkin akan digandingkan dengan calon berpengalaman Pepe.

Jose Fonte telah tidak terpilih walaupun mempunyai banyak pengalaman begitu juga dengan pilihan serba boleh Tiago Djalo, David Carmo dan Ferro.

Joao Cancelo adalah pilihan utama di bek kanan, tetapi mungkin menghadapi persaingan untuk mendapatkan tempat permulaan daripada Diogo Dalot, yang telah cemerlang di Manchester United musim ini.

Di bahagian kiri, Nuno Mendes harus bermula.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa calon lain seperti Raphael Guerreiro dari Dortmund, dan hakikat bahawa Cancelo boleh bermain di posisi ini juga.

Pemain tengah

NamaKelab
VitinhaPSG
William CarvalhoReal Betis
Bernardo SilvaManchester City
Joao MarioBenfica
Bruno FernandesManchester United
Ruben NevesWolves
Joao PalhinhaWolves
Matheus NunesWolves
OtavioPorto

Portugal mempunyai banyak kualiti di bahagai tengah-tengah padang juga.

Tiga pilihan utama adalah Bruno Fernandes, Ruben Neves dan Bernardo Silva tetapi jika Santos mahu mencampuradukkan keadaan di tengah, beliau mempunyai banyak pilihan yang meyakinkan.

Vitinha dan Matheus Nunes adalah bakat muda dan menarik, manakala William Carvalho menambah lagi banyak pilihan dan pengalaman ke dalam senarai ini

Renato Sanches, yang pernah dikatakan sebagai bakat generasi hadapan telah gagal memenuhi jangkaan.

Beliau bergelut selama beberapa minit di PSG selepas menyertai mereka pada musim panas dan telah terlepas peluang untuk menyertai skuad bola sepak Portugal yang berlepas ke Qatar ini.

Penyerang

NamaKelav
Cristiano RonaldoManchester United
Joao FelixAtletico Madrid
Rafael LeaoAC Milan
Ricardo HortaBraga
Goncalo RamosBenfica
Andre SilvaRB Leipzig

Harapan Portugal terletak sekali lagi di bahu Cristiano Ronaldo.

Pemain dengan gol antarabangsa terbanyak dalam bola sepak lelaki ini akan berusaha untuk menambah jumlah golnya di Qatar dan membimbing negaranya ke hadiah utama dalam bola sepak antarabangsa.

Beliau akan disokong dengan baik oleh pemain seperti Joao Felix dan Rafael Leao dari AC Milan, dengan Diogo Jota dan Pedro Neto kedua-duanya diketepikan kerana kecederaan.

Andre Silva dan Goncalo Ramos juga terpilih untuk membarisi pasukan bola sepak Portugal ini.

Persaraan Rafa Silva daripada bola sepak antarabangsa pada September merupakan satu kejutan buat Portugal.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!