Piala Belia 2024: Senarai Pasukan & Format

Piala Belia kembali lagi bagi musim 2024.

Kejohanan ini ialah persaingan bola sepak amatur paling berprestij dalam Malaysia untuk pemain di bawah-19. 

Sepak mula kejohanan ini bagi edisi 2024 akan bermula pada 27 April kelak di mana ganjaran berupa wang tunai bagi juara sama seperti musim lalu iaitu sebanyak RM60,000.

Apa itu Piala Belia?

Piala Belia adalah satu kejohanan bolah sepak Bawah 18 tahun (B-18) yang bertujuan mencari bakat-bakat berpotensi untuk mewakili pasukan senior Malaysia.

Ini berbeza dengan Piala Presiden yang merupakan kejohan bagi pemain bawah 20 tahun (B-20).

Kejohanan ini menjadi peluang bagi pemain untuk mempamerkan potensi sebenar sebelum dipilih untuk mewakili negeri masing-masing bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak pada Ogos depan.

Artikl berkaitan: Piala Presiden 2024: Senarai Pasukan & Format

Senarai pasukan

pasukan piala belia 2024

Piala Belia 2024 menerima penyertaan dua buah pasukan baharu iaitu Touchtronics FC dan Perlis United FC.

Kedatangan dua pasukan terbabit menjadikan saingan musim ini ditandingi oleh 18 buah pasukan secara keseluruhan.

Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang bertanding dalam kejohanan bagi edisi kali ini:

Kumpulan A:

  • Selangor FC
  • Sabah FC
  • Perlis United FC
  • Melaka FA
  • Kelantan United FC
  • Kelantan FA
  • Negeri Sembilan FC
  • Sri Pahang FC
  • Kuala Lumpur City FC

Kumpulan B:

  • Johor Darul Ta’zim V
  • Kuching City FC
  • Akademi Mokhtar Dahari B-16
  • PDRM FC
  • Touchtronics FC
  • Penang FC
  • Terengganu FC IV
  • Perak FC IV
  • Kedah Darul Aman FC

Format kejohanan

Piala Belia 2024 akan dianjurkan menggunakan format berikut:

Kejohanan dimainkan seperti berikut:

  • Peringkat kumpulan: 18 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu dari Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
  • Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.

Piala Belia menyaksikan 16 perlawanan secara minimum dan 22 aksi secara maksimum untuk musim.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!