Pestabola Merdeka 2024 [LIVE] – Stadium Nasional Bukit Jalil

Pestabola Merdeka kembali lagi pada tahun 2024 pada bulan September ini!

Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan mini yang agak unik kerana hanya dianjurkan di negara kita sempena bulan kemerdekaan dan dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Jika dilihat pada sejarahnya, kejohanan ini adalah yang tertua seumpanya di Asia dan dianjurkan sejak tahun 1957, tahun yang sama kita mencapai kemerdekaan negara kita.

Perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas “A” (Perlawanan Persahabatan) oleh FIFA jadi sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA.

Ini adalah edisi ke-43 kejohanan ini didadakan. Pada tahun lalu, skuad Harimau Malaya tumpas ditangan Tajikistan 0-2 ketika aksi final.

pestabola merdeka

Sejarah Penganjuran Pestabola Merdeka

Malaysia telah menjulang trofi kemenangan Pestabola Merdeka sebanyak sepuluh kali sejak 1958, muncul naib juara tujuh kali, dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan memenangi sembilan kali, dan berkongsi juara tiga kali dengan Malaysia dua kali (1960 dan 1979) dan Taiwan satu kali (1965).

Myanmar memenangi kejuaraan sebanyak empat kali, Indonesia tiga kali kejuaraan, Iraq, Taiwan, Malaysia B23 dan Korea Selatan B23 masing-masing memenangi dua kali kejuaraan.

Juara lain yang memenangi satu kali kejuaraan adalah pasukan Hong Kong, Maghribi, Vietnam Selatan, Uzbekistan, New Zealand, Czechoslovakia B23, Vietnam B23, SK Admira Wacker, Argentina XI, Hamburger SV dan Santa Catarina XI.

pestabola merdeka

Senarai Pasukan Bertanding Dalam Pestabola Merdeka 2024

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka 2024 kali ini:

  • Malaysia, rangking ke-135 dunia (Naib juara, 2023)
  • Tajikistan, rangking ke-102 dunia (Tempat ke-8, 1972)
  • Lebanon, rangking ke-117 dunia (Penampilan sulung)
  • Filipina, rangking ke-147 dunia (Juara, 2023)

Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun. Kali terakhir diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008, sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.

Kejohanan Pestabola Merdeka Kuala Lumpur 2024 ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 2 hingga 10 September depan.

Artikel berkaitan: Piala AFC 2023 Qatar : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini

Format, Lokasi & Tarikh Perlawanan

Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.

Tarikh majlis undian Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertembung pada Separuh Akhir, selain tarikh bagi Hari Perlawanan 1 untuk Separuh Akhir dan Hari Perlawanan 2 bagi Final dan Penentuan Tempat Ketiga turut akan ditetapkan nanti.

Pestabola Merdeka 2024 menggunakan format secara kalah mati dan akan bermula pada 2 hingga 10 September depan.

SIARAN MEDIA: FAM Umum Pestabola Merdeka 2024

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu di antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon yang kini berkedudukan ranking ke-135 dunia, tiga pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan edisi kali ini ialah juara bertahan, Tajikistan yang kini berada di ranking ke-102 dunia, Lebanon (117) dan Filipina (147).

Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.

Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun, iaitu kali terakhir diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008, sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.

FAM berharap para penyokong Harimau Malaya dapat sama-sama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43 ini berlangsung ketika Bulan Kebangsaan iaitu selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Pada Edisi Ke-42 tahun lalu yang turut berlangsung di Stadium Nasional, skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan India 4-2 pada separuh akhir pada 13 Oktober 2023, sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.

Terdahulu, Tajikistan yang merupakan pasukan pengganti selepas Lebanon menarik diri (kerana Lebanon dan Palestin telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027), layak ke Final secara ‘bye’ selepas lawan mereka di separuh akhir, Palestin juga terpaksa menarik diri kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika itu.

Tarikh majlis undian Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertembung pada Separuh Akhir, selain tarikh bagi Hari Perlawanan 1 untuk Separuh Akhir dan Hari Perlawanan 2 bagi Final dan Penentuan Tempat Ketiga turut akan ditetapkan nanti.

Datuk Noor Azman Hj Rahman

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 1 Julai 2024

Maklumat terkini

Anda boleh dapatkan maklumat terkini berkenaan Pestabola Merdeka 2024 di sini:

Bantu kami share artikel ini: