Persediaan e-Filing sebaiknya dilakukan awal bagi mengelakkan kita terlupa atau tersilap memasukkan maklumat pengecualian cukai.
Walaupun ada yang sudah bertahun-tahun memfailkan cukai, persediaan untuk e-filing tetap perlu dilakukan kerana ada kalanya kita boleh terlupa memandangkan proses e-filing cukai ini hanya dilakukan sekali sahaja setiap tahun.
Baca lagi: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2024
Teruskan bacaan untuk mengetahui 5 persediaan penting e-filing bagi tahun ini.
5 Persediaan e-Filing 2024
1. Borang EA / EC
Borang EA pasti tidak asing bagi pekerja swasta yang sudah layak mengisytiharkan cukai.
Sementara itu Borang EC pula ada bagi penjawat awam.
Secara umumnya, Borang EA/EC adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.
Pastinya nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang dipaparkan dalam Borang EA/EC ini.
Kebiasaannya majikan akan memberikan borang ini dalam bulan Mac bagi membolehkan anda melakukan proses e-filing namun andaikata mereka terlupa atau terlewat, anda boleh brtanyakan kepada mereka.
- Borang EA format terkini boleh dimuat turun di pautan di bawah: https://www.hasil.gov.my/…/borang-e-tahun-saraan-2023.pdf
- Borang EA Format Excel: https://www.hasil.gov.my/…/eb2ac859…/ea_pin2023.xlsx
Harap maklum:
Kegagalan menyediakan dan menyerahkan Borang EA kepada pekerja pada atau sebelum akhir Februari 2024 adalah satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Denda RM200 hingga RM20,000 atau Penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau Kedua-duanya
Kalau ada sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan pihak LHDN
Nota Panduan EA 2023/2024 boleh dimuat turun melalui pautan berikut: chrome-https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota-penerangan-e-2023.pdf
Rujuk panduan lanjut: https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf
2. Penyata Komisen
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Borang CP58 ini perlu diserahkan kepada ejen, pengedar atau wakil berkenaan sebelum 31 Mac 2023.
Muat turun Borang CP58 (Format PDF) :
https://phl.hasil.gov.my/…/Borang_CP58_Pin_012022_1.pdf
Muat turun Borang CP58 (Format Excel) :
https://phl.hasil.gov.my/…/Borang_CP58_Pin_012022_1.xlsx
Muat turun Nota Panduan Pengisian Borang CP58 :
https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Panduan_CP58_1.pdf
3. Penyata Untung Rugi
Persediaan e-Filing ini fokus untuk pemilik bisnes.
Ramai pemilik bisnes salah faham, kalau bisnes rugi maka mereka tidak perlu isytiharkan cukai.
Sebenarnya rugi ke, untung ke, tetap kena isytiharkan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
3 Kategori yang ada di dalam laporan ini adalah:
1. SALES/JUALAN
Nilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar.
Contoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.
2. COST OF GOODS SOLD / KOS JUALAN
Nilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan.
Contoh restoran, hasil jualan adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan tersebut
3. EXPENSES / BELANJA
Kos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut. Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.
Dari situ kita dapat lihat DUA angka iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. Untung bersih ini akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.
Penyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.
4. Penyata / Resit Yang Berkaitan
Segala bayaran yang boleh mendapat pengecualian cukai mestilah disimpan rapi kerana pihak LHDN boleh memintanya pada bila-bila masa.
Ada menabung SSPN-i untuk anak? Maka simpan penyatan SSPN-i tersebut.
Ini adalah persediaan penting ketika e-filing bagi mengelakkan anda dikenakan denda.
Setiap pembayaran yang dikecualikan cukai mestilah disertakan dengan resit antaranya zakat, takaful/insurans, resit alatan sukan, resit alatan penyusuan, resit gaya hidup dan banyak lagi.
Walaupun pihak LHDN tidak meminta anda menghantar resit-resit ini setiap kali melakukan e-filing, anda mungkin diminta untuk menghantarnya pada masa akan datang.
Setiap tahun, pihak LHDN akan memilih segelintir individu untuk menghantar resit dan segala dokumen berkaitan bagi tujuan semakan.
Sekiranya tiada, jangan terkejut sekiranya anda dikenakan denda atau penalti kerana dianggap melakukan tuntutan palsu bagi pengecualian cukai.
5. Jelaskan Tunggakan Cukai
Akhir sekali, jangan lupa membuat semakan dan menjelaskan tunggakan cukai terdahulu sekiranya ada.
Rujuk : Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax
Jika tak mampu bayar sekaligus, anda juga boleh meminta ansuran dari pihak LHDN.
Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan.
Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.
Artikel berkaitan:
Untuk penguman terbaru, sila ikuti laman Facebook rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.