Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting
Bagi pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik melalui UPUOnline sesi akademik 2025/2026, jangan putus asa. Peluang kedua masih terbuka untuk anda melalui permohonan rayuan UPU.
RAYUAN UPU BOLEH DIBUAT DALAM TEMPOH 10 HARI MULAI 16 JUN 2025 (12 TENGHARI) SEHINGGA 25 JUN 2025 (5 PETANG).
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan
Rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline.
Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada.
Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?
- Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang benar-benar tidak mendapat sebarang tawaran. Jika anda telah menerima tawaran dan menolaknya, anda tidak layak untuk membuat rayuan melalui sistem e-rayuan UPU
- Pemohon lepasan SPM atau STPM/setaraf yang tidak menerima sebarang tawaran ke UA/Politeknik selepas keputusan rasmi diumumkan.
- Pemohon yang hanya mendapat tawaran program peringkat sijil dan ingin mencuba nasib untuk program lebih tinggi.
Tarikh Penting Permohonan Rayuan UPU Online 2025
- Tempoh permohonan rayuan adalah 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Isnin) jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025 (Rabu) jam 5.00 petang.
- Rayuan UPU untuk pelajar lepasan SPM – Keputusan biasanya diumumkan pada minggu pertama Ogos.
- Rayuan UPU untuk pelajar lepasan STPM/setaraf – Keputusan diumumkan sekitar minggu kedua Oktober.
NOTA: Tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak UPU. Pastikan anda sentiasa menyemak portal rasmi UPU untuk maklumat terkini.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DILAKUKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :
- i. https://jpt.utm.my
- ii. https://jpt.uum.edu.my
- iii. https://jpt.unimas.my
- iv. https://jpt.ums.edu.my
- v. https://jpt.umt.edu.my
Institusi yang boleh dimohon adalah :
- 20 Universiti Awam
- 36 Politeknik
- 105 Kolej Komuniti
- 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Cara Permohonan & Rayuan UPUOnline 2025/2026
Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.
- Layari Portal Rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my134.
- Log Masuk akaun anda menggunakan ID (No. Kad Pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan asal.
- Setelah log masuk, cari dan klik menu “Permohonan Rayuan” yang akan diaktifkan hanya untuk calon yang layak.
- Pilih program pengajian yang masih mempunyai kekosongan dan sesuai dengan kelayakan anda. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.
- Semak semula maklumat sebelum klik “Sah & Hantar”. Kegagalan untuk klik sah & hantar menyebabkan permohonan tidak diproses.
- Setelah selesai, cetak slip permohonan rayuan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
NOTA: Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT dibuat terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Semakan Keputusan Rayuan
Keputusan rayuan UPU bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2025/2026 adalah pada minggu ke-4 Julai 2025.
Manakala bagi lepasan STPM pula, tarikh keputusan rayuan adalah pada minggu pertama Oktober 2025.
NOTA: *Tertakluk kepada perubahan
Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Panduan Memilih Program UPU Online
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
PENENTUAN ALIRAN LEPASAN SPM 2021 DAN SETERUSNYA
PENENTUAN ALIRAN LEPASAN STPM / SETARAF
PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT
Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan
Link Kalkulator Merit
Link Panduan Permohonan
Link Permohonan
Link Rayuan UPUOnline
Link Semakan Panggilan Ujian MEdSI
Link Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan
- UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
- UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
- UITM : https://online.uitm.edu.my
- UMS : http://bpa.ums.edu.my/semakanums
- UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
- UM : https://kemasukan.um.edu.my
- UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
- USIM : https://etasjil.usim.edu.my
- USM : https://pohon.usm.my
- UTM : https://jpt.utm.my
- UUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan
- UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
- UIAM : http://iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
Link Semakan Keputusan UPU :
- http://jpt.ums.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.umt.my
*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU
Maklumat Lanjut Rayuan UPU Online
Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling
tinggi hingga yang paling rendah.
Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan
oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program
pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika
berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.
Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.
Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.
Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas
hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan
Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa
permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya
berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.
Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang
layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada
kekosongan selepas setuju terima tawaran.
Keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan pada minggu ke-4 Julai 2025.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan
ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi
Akademik 2025/2026:
Berdasarkan FAQ Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu pertama Oktober 2025.
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :
Untuk maklumat lanjut tentang sistem, permohonan dan rayuan UPU Online 2025 / 2026, sila hubungi saluran berikut:
- Hotline : 03 – 8684 2363
- E-mel : [email protected]
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2024/2025, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:
- Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
- e-Panduan
- e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Kalendar Akademik (Takwim)
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
- Aduan
- Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.
Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/