Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500

Sebelum membuat pinjaman PTPTN, elok sekali kalau kita tahu lebih dahulu apakah syarat permohonan PTPTN. 

Kalau ada syarat yang belum dipenuhi, mungkin masih ada peluang untuk kita mencari jalan mematuhinya jika berniat memohon PTPTN.

Hebahan berkenaan pembukaan permohonan PTPTN bagi sesi Oktober 2022 – Februari 2023

Disertakan juga Panduan Lengkap Permohonan Pinjaman PTPTN . Pelajar yang berminat boleh merujuk seperti di bawah ini.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

Sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan pinjaman secara online:

1. Sila layari Portal Rasmi PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/

2. PINJAMAN PENDIDIKAN
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya, sila klik butang e-Perkhidmatan di bahagian Pinjaman Pendidikan.

3. PERMOHONAN PINJAMAN KALI PERTAMA
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, sila klik selanjutnya di bahagian Permohonan Pinjaman Kali Pertama.

Perhatian – Kepada pelajar yang pernah membuat Permohonan Pinjaman PTPTN atau yang pernah membeli no pin ptptnsebelum ini, tetapi tidak melengkapkan permohonan sehingga selesai dan mengakibatkan perjanjian terbatal. Anda boleh buat permohonan semula pada semester yang akan datang. Sila buat semakan jadual permohonan DI SINI

Anda perlu klik terus permohonan kali kedua/ seterusnya kerana anda telah mempunyai rekod akaun sebelum ini. Untuk permohonan kali ke dua terus rujuk Langkah 6 No. 13.

Pelajar yang baru mohon untuk kali pertama, sila ikut turutan.

4. PENTING! SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN
Sebelum membuat permohonan pinjaman, pastikan anda telah menyediakan 4 perkara ini:

  • Telah menerima surat tawaran daripada IPT.
  • Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN.
    *Sila rujuk panduan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.
  • Mempunyai akaun bank mengikut panel IPT anda.
    *Sila hubungi IPT anda untuk pengesahan panel bank.
  • Telah membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman

5. Dah cukup 4 perkara di atas, Sila klik Pendaftaran Permohonan Pinjaman

6. PELAJAR YANG MEMBELI NO PIN DI BSN
Pelajar yang membeli No Pin di kaunter BSN, Sila Klik DI SINI. Sila rujuk gambar rajah di atas. Langkah 5. No.6

Bagi pelajar yang membeli no pin di Kaunter BSN. Selesai mengisi maklumat, terus pergi ke langkah 6 No. 13 untuk log masuk ke akaun PTPTN, bagi meneruskan proses permohonan pinjaman.

______________________
Bagi Pelajar Yang Belum Beli No. Pin PTPTN, Sila ikuti langkah di bawah.

Borang dalam gambar rajah merupakan pembelian No. Pin secara atas talian bagi pelajar yang masih belum mempunyai No. Pin PTPTN.

PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN
Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Pin PTPTN sila lengkapkan maklumat disini. Ini adalah ruangan untuk anda membeli No Pin secara atas talian. RM5.00 akan dikenakan caj kepada anda untuk pembelian No. Pin PTPTN.

Perhatian – Pelajar yang membeli No Pin secara online, anda tidak akan diberikan No. Pin seperti pelajar yang membeli di kaunter (BSN). Anda boleh terus Log masuk selepas pembayaran berjaya dibuat. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda daftar sewaktu membeli No. Pin PTPTN itu tadi. Kata laluan yang anda masukkan sewaktu membeli No. Pin akan digunapakai untuk Log masuk akaun PTPTN.

7. No. MyKad
Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dengan betul dan TEPAT.

8. Kata Laluan
Masukkan kata laluan anda yang mudah diingati. Kata laluan ini akan digunakan untuk log masuk akaun PTPTN sewaktu ingin membuat permohonan pinjaman. Rujuk langkah 7 No. 15

9. Pengesahan Kata Laluan
Masukkan kata laluan yang sama.

10. E-mel
Masukkan E-mel yang terkini dengan betul dan TEPAT.

11. Baca & Fahami
Terma & Syarat pembelian No. Pin PTPTN.

12. Daftar
Pastikan maklumat anda betul dan TEPAT sebelum menekan butang Daftar.

Teruskan sehingga pembayaran RM5.00 berjaya ditolak dalam akaun perbankan anda.

Sekiranya menerima notifikasi seperti di atas. Skip bahagian ini dan terus ke langkah 6 No. 13

13. STEP SETELAH MEMPUNYAI NO PIN PTPTN
Masuk semula di bahagian Pinjaman dan pilih Permohonan Pinjaman Kali Kedua dan seterusnya.

Perhatian – Walaupun anda pertama kali untuk mohon pinjaman PTPTN, anda perlu klik di bahagian ini juga untuk Log masuk ke akaun PTPTN bagi proses permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya.

Manual Permohonan:

https://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/
https://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/

Di Dalam website ini lengkap panduan dari mula sehingga pelajar berjaya membuat permohonan.

Bagi pelajar yang berminat boleh terus membuat permohonan di laman web PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-pinjaman

Dan disertakan link Group Discussion PTPTN (Telegram) untuk bantuan 24 jam kepada pelajar.

https://t.me/ptptndihatiku

Selain itu, mari kita fahamkan apa beza pinjaman PTPTN dengan Wang Pendahuluan Pinjaman bernilai RM1,500 yang selalu disebut-sebut.

Syarat Permohonan PTPTN

Secara amnya, kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS tempatan dan meliputi skop yang dihuraikan di bawah.

Syarat-syarat permohonan pinjaman pula sangat luas dan mencakupi ramai bakal peminjam. 

Terbuka kepada Pelajar IPTA dan IPTS tempatan

Berdasarkan tujuan asal, wujudnya dana PTPTN adalah untuk memberi kemudahan kepada semua pelajar membiayai pengajian mereka sama ada sepenuhnya atau sebahagian.

Maka PTPTN membuka peluang yang luas kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan untuk memohon pinjaman PTPTN.

IPTA dan IPTS yang dimaksudkan termasuk yang ditubuhkan di bawah undang-undang berikut:

  1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  2. Akta Institut Teknologi MARA 1976;
  3. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;
  4. Politeknik di bawah kendalian Menteri melalui Akta Pendidikan 1996; dan
  5. Lain-lain IPT yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan ditentukan sebagai IPT menurut budi bicara Menteri.

Perkara ini termaktub melalui Seksyen 2 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Skop Pinjaman Pendidikan PTPTN

Peringkat pengajian utama yang dibenarkan memohon pinjaman pendidikan ialah Diploma (sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh, dan lanjutan), Ijazah (pertama sepenuh masa dan separuh masa), Sarjana (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) dan Doktor Falsafah (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh).

Selain itu, pelajar Kursus Profesional (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) juga boleh membuat permohonan.

Ada lagi syarat yang ditetapkan di bawah skop pinjaman, iaitu kategori IPT yang dibiayai bagi setiap jenis peringkat pengajian. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web PTPTN di sini.

Syarat-syarat Permohonan PTPTN

Berikut pula merupakan syarat-syarat mereka yang layak memohon:

  • Peminjam mestilah seorang warganegara Malaysia;
  • Usia peminjam tidak lebih 45 tahun ketika memohon;
  • Tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik memenuhi syarat kelayakan masuk seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang ditawarkan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN. Ini bermaksud PTPTN ada kursus tertentu sahaja yang diluluskan tajaan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Siapa yang menentukan kursus mana yang ditaja? Menjadi tanggungjawab IPT yang menawarkan kos tersebut untuk memohon supaya tajaan diberi kepada pelajar daripada dana PTPTN.
  • Khas bagi pelajar IPTS, kursus yang ingin diambil mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan sijil itu masih dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Sekiranya pelajar memegang kelayakan berbeza, pengesahan daripada jabatan atau agensi yang dinyatakan perlu diperolehi;
  • Semasa memohon, perlu ada baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Bakal peminjam mestilah memiliki akaun SSPN-i/SSPN-i Plus. Nombor akaun bakal peminjam pula mesti mempunyai 15 digit kerana hanya pemegang akaun begini sahaja layak memohon. Oleh itu, jika ada niat memohon pastikan anda menyemak nombor akaun SSPN-i lebih dahulu, sama ada 15 digit atau bukan.

Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500

Apa pula yang dikatakan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1500? Apa bezanya dengan pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri? 

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 ialah wang pendahuluan yang diberikan oleh pihak PTPTN kepada pelajar yang cukup syarat sebelum pendaftaran di IPT lagi.

Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar kurang berkemampuan membuat persiapan asas untuk menyambung pengajian mereka.

WPP berbeza daripada pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri. 

Malah apabila pinjaman PTPTN telah diluluskan untuk pelajar, wang pinjaman pendidikan itu akan ditolak sebanyak RM500 setiap semester untuk membayar balik Wang Pendahuluan Pinjaman ini.

Syarat-syarat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Jadi, siapakah yang layak mendapat WPP? Adakah syarat kelayakannya sama dengan permohonan pinjaman PTPTN?

Jawapannya, tidak.

Pelajar atau penjaga pelajar yang layak menerimanya mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Mereka juga perlu merupakan warganegara Malaysia yang mendapat tawaran belajar di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Oleh itu, mereka yang belajar secara separuh masa atau jarak jauh tidak layak memohon. Begitu juga mereka yang sudah sampai ke peringkat pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.

Selain itu, bakal peminjam haruslah tidak memiliki hutang WPP lain sebelumnya. Contohnya, sudah ada hutang WPP semasa Diploma yang belum langsai, maka tidak boleh lagi menerima WPP untuk masuk ke program Sarjana Muda.

Cara Membuat Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Cara permohonan WPP jauh lebih mudah daripada pinjaman pendidikan. 

Apabila bakal pelajar mengisi permohonan masuk ke IPTA dalam Portal UPU atau IPT, mereka perlu mengisi ruang pengesahan, sama ada mereka bersetuju untuk menerima WPP jika mendapat tawaran ke IPT.

Data inilah yang digunakan oleh PTPTN, menjadikan permohonan WPP lebih mudah dan terjamin.

Dengan mengetahui syarat-syarat permohonan PTPTN dan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500, maka bakal pelajar dapat membuat keputusan sewajarnya sebelum menyerahkan permohonan. Ini dapat membantu pelajar mendapatkan biaya pengajian yang mungkin sukar diperolehi daripada sumber yang lain.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!