Permohonan Program TVET Tahfiz MARA di KKTM dan IKM

Bagi memperkasakan lagi program pendidikan vokasional atau TVET di Malaysia, program TVET Tahfiz yang terdapat di institusi-institusi pendidikan MARA antaranya KKIM dan di teruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bagi para pelajar yang ingin mendalami pendidikan berteraskan Al-Quran dan hafazan khususnya, anda dijemput untuk memohon bagi pengambilan program TVE Tahfiz bagi tahun 2022.

Apa itu program TVET?

VET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Proses pendidikan TVET adalah lebih menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta berkemahiran tinggi. 

Malangnya, pendidikan TVET sering dipandang rendah oleh masyarakat dengan memandangnya hanya sebagai pilihan terakhir sekiranya pelajar tersebut tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi yang lain.

Menariknya, disebabkan graduan TVET adalah mereka yang mahir dengan kemahiran (berbanding teori semata-mata), permintaan majikan untuk  graduan TVET adalah lebih tinggi iaitu 98 peratus berbanding graduan universiti hanya sebanyak 60 peratus. 

Mengapa TVET Tahfiz?

Seperti yang dihuraikan di atas, pendidikan TVET memfokuskan kepada pendidikan berdasarkan kemahiran.

Melalui program TVET Tahfiz, para pelajar yang diterima masuk berpeluang untuk mendalami pelbagai bidang kemahiran namun pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian dalam bidang hafazan.

Tempoh dan Bidang Pengajian

tvet tahfiz

Pengajian untuk program TVET Tahfiz adalah 3 tahun sahaja.

Namun, sebelum itu pelajar perlu menyertai Program Bridging selama 3 tahun – dikecualikan untuk program KKTM Ledang

Bidang pengajian bagi program ini adalah seperti yang berikut:

  1. Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – IKM Besut
  2. Diploma Kompetensi Kimpalan – IKM Lumut
  3. Diploma Teknologi Automotif Komersial – IKM Jasin
  4. Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) – KKTM Ledang

Syarat permohonan

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon yang berminat untuk menyertai program TVET Tahfiz:

  1. Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
  2. Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
  3. Pemohon sihat tubuh badan.
  4. Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.

Bagi calon yang berminat, boleh mengisi maklumat anda di borang permohonan TVET-Tahfiz MARA.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!