Berita baik untuk bakal pelajar IPT, permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Angkasa akan dibuka mulai tarikh 1/8/2022 hingga 31/10/2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan.
Apakah Yayasan Angkasa?
Yayasan ANGKASA didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010.
Kewujudan Yayasan ANGKASA dengan penubuhan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK).
Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.
Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah.
selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)
Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa
- Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan.
- Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang Faedah.
- Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa.
Syarat Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
- Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
- Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)
Syarat-syarat Permohonan | Umur |
1) Anak anggota koperasi (ahli ANGKASA) | Tidak Melebihi 25 tahun |
2) Anggota koperasi (ahli ANGKASA) | Tidak Melebihi 40 tahun |
Baca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera
Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
Yayasan ANGKASA menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah bagi melanjutkan pengajian sepenuh
masa/ separa masa/ PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
Penerangan Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Permohonan akan dibuka pada 1/8/2022 hingga 31/10/2022
- Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman web https://www.yayasanangkasa.coop/ dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
Cara Permohonan
Berikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat permohonan:
LANGKAH 1 : Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
LANGKAH 2 : Terima SMS
Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2022. Pin permohonan adalah [XXXXX]
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
LANGKAH 3 : Daftar
Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya
Baca juga: GrEP MARA 2022: Pinjaman Pasca Siswazah (Sarjana & Doktor Falsafah)
Maklumat Lanjut
Keterangan lanjut sila hubungi :
Bahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar) Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 9358
Emel : [email protected]
Bahagian Kewangan & Pentadbiran Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 6358
Emel : [email protected]
Bahagian Kutipan Balik Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 5358
Email : [email protected]
Rujuk iklan tawaran: https://www.yayasanangkasa.coop/