[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 / 1 Syawal 1445

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1445 H / 2024 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024.

TERKINI: TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 2024 JATUH PADA RABU, 10 APRIL 2024

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.

pengumuman raya 2024 tarikh lihat anak bulan syawal
Sumber: Astro Awani

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2024

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2024 ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.

Baca juga: Hari Raya Aidilfitri 2024 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

Tarikh lihat anak bulan Syawal & siaran langsung pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 / 1445H
TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
Tarikh Hari Raya Puasa 2024

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.

[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024

Pengisytiharan Hari Raya Puasa 1445H / 2024M

Tarikh : 9 April 2024
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1445H / 2024M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.

Saksikan secara langsung di RTM TV1.

KAEDAH PENENTUAN HARI RAYA DI MALAYSIA

Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.

Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.

Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.

Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.

Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.

Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.

Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.

Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.

Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.

Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.

Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).

Untuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!