Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2025 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1446 H / 2025 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025.
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2025
PENGISYTIHARAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M
Ramadan kian melabuhkan tirainya, meninggalkan seribu satu kenangan indah. Sebulan kita mendidik jiwa, menahan lapar dan dahaga, kini Syawal bakal menjelma sebagai hadiah kemenangan.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025M akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 30 Mac 2025 (Ahad) jam 8.00 malam di RTM TV1. Keputusan ini tertakluk kepada hasil cerapan anak bulan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara.
Nantikan detik penting ini dengan penuh debaran. Walau hati berat meninggalkan Ramadan, kita sambut Syawal dengan kesyukuran dan keinsafan.
Sumber: Seksyen Kajian Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2025 ditetapkan pada petang Ahad, 30 Mac 2025 bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.
Saksikan LIVE Streaming melalui RTM Klik :
- RTM Klik : https://rtmklik.rtm.gov.my
- TV 1 Live : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
TERKINI : Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025
Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025 :
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, iaitu pada 31 Mac 2025. Pengumuman tarikh Aidilfitri diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Ia juga menepati tarikh dalam kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 / 1446H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.
Baca juga: Hari Raya Aidilfitri 2025 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM
TAHUN | TARIKH | HARI | CUTI | NEGERI |
2025 | 31 MAC | ISNIN | HARI RAYA AIDIL FITRI | SEMUA NEGERI |
2025 | 1 APRIL | SELASA | HARI RAYA KE-2 | SEMUA NEGERI |
Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.
[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2025
Pengisytiharan Hari Raya Puasa 1445H / 2024M
Tarikh : 30 MAC 2025
Hari : AHAD
Masa : 8.00 malam
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1445H / 2024M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.
Saksikan secara langsung di RTM TV1.
- RTM TV1 live : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
- Astro Awani Live Streaming : https://www.astroawani.com/video-terkini
KAEDAH PENENTUAN HARI RAYA DI MALAYSIA
Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.
Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.
Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.
Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.
Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.
Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.
Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.
Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.
Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.
Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.
Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).
Untuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/