Bagi pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, anda kini tidak perlu lagi pening mencari lokasi pengecasan EV berhampiran dengan adanya projek MEVnet.
Menariknya, Rangkaian Pengecasan Kenderaan Elektrik Malaysia (MEVnet) kini sudah boleh diakses oleh orang ramai di seluruh negara, sekali gus memudahkan pengguna EV merancang perjalanan dengan lebih efisien.
Sebelum ini dikenali sebagai National EV Charging Station Dashboard (NEVCSD), platform ini merupakan sebahagian daripada inisiatif data besar oleh PLANMalaysia di bawah projek Malaysia Urban Observatory (MUO) yang memfokuskan pembangunan bandar pintar dan mobiliti hijau.
Apa itu MEVnet?
MEVnet ialah papan pemuka dalam talian yang dibangunkan oleh PLANMalaysia bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) untuk memaparkan sehingga 10,000 stesen pengecasan EV awam mengikut lokasi di seluruh Malaysia.
Platform ini berfungsi memaparkan lokasi pengecas EV sedia ada dan yang dicadangkan, sekali gus membantu kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta pengendali dalam perancangan dan pemantauan infrastruktur pengecasan EV.
Selain itu, MEVnet turut memudahkan orang ramai melihat perkembangan rangkaian pengecasan EV di Malaysia serta merancang perjalanan dengan lebih efisien berdasarkan lokasi pengecasan yang tersedia.
Inisiatif ini selari dengan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon, di mana Malaysia mensasarkan pembangunan 10,000 titik pengecasan EV menjelang tahun 2025, dan MEVnet menjadi platform penting untuk menjejak pencapaian tersebut.
Perlu diketahui, MEVnet hanya memaparkan pengecas EV yang mempunyai akses awam seperti di pusat membeli-belah, kawasan rekreasi, tempat letak kereta awam (dalam dan luar jalan), serta parkir pelawat di kawasan perumahan dan lokasi strategik lain di seluruh Malaysia.
Pemilik kenderaan EV? Dapatkan pengecas mudah alih untuk kenderaan elektrik anda.


Objektif MEVnet
Berikut merupakan objektif utama papan pemuka MEVnet dalam menyokong pembangunan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia:
- Memudahkan proses membuat keputusan termaklum, mengoptimumkan peruntukan sumber serta memastikan penggunaan infrastruktur pengecasan EV yang lebih efisien di seluruh Malaysia.
- Menawarkan fungsi Perancangan Lokasi, yang memaparkan lokasi ruang pengecasan EV sedia ada dan yang dicadangkan, termasuk jenis pengecas (AC atau DC) serta keadaan fizikal teluk (dalam atau luar).
- Menyediakan visualisasi data geospatial yang mesra pengguna dan berasaskan data bagi membantu pihak berkepentingan serta pembuat keputusan mengurus dan memantau perkembangan titik pengecasan EV dengan lebih cekap.


Senarai Lokasi Pengecasan EV
Bagi memudahkan pengguna kenderaan elektrik (EV), terdapat pelbagai lokasi pengecasan EV di Malaysia yang boleh diakses oleh orang awam.
Lokasi ini merangkumi kawasan strategik di kawasan rehat dan rawat (R&R):
Arah Utara
- R&R Gurun (2)
- Petronas Hentian Sebelah Sungai Juru (2)
- R&R Gunung Semanggol (2)
- CALTEX Hentian Sebelah Bukit Gantang Lay-by (1)
- PETRONAS R&R Sungai Perak (2)
- SHELL RTC Gopeng – FAMA (2)
- R&R Tapah (2)
- Behrang Lay-by (4)
- PETRONAS NKVE Damansara (3)
- R&R Seremban (2)
- PETRONAS R&R Seremban (2)
- SHELL R&R Seremban (2)
- Senawang Lay-by (4)
- PETRONAS Pedas Linggi Lay-by (2)
- CALTEX Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant (1)
- R&R Ayer Keroh (2)
- SHELL R&R Pagoh (2)
Arah Selatan
- R&R Gurun (2)
- Sungai Juru Lay-by (2)
- Sungai Juru Lay-by (1)
- R&R Gunung Semanggol (2)
- PETRONAS R&R Gunung Semanggol (4)
- CALTEX Bukit Gantang Lay-by (1)
- R&R Tapah (2)
- SHELL R&R Tapah (2)
- Behrang Lay-by (4)
- PETRONAS R&R Ulu Bernam (3)
- PETRONAS Sungai Buloh Lay-by (2)
- R&R Dengkil (2)
- PETRONAS Solaris Putra (3)
- PETRONAS R&R Seremban (1)
- SHELL R&R Seremban (2)
- Senawang Lay-by (4)
- Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant (2)
- CALTEX R&R Ayer Keroh (1)
- SHELL Tangkak Lay-by (2)
- R&R Pagoh (2)
- A. SHELL Skudai Lay-by – UNIECO (2)
- B. SHELL Skudai Lay-by – UNIECO (2)
- Skudai Lay-by – UNIECO (4)
- BHP Skudai Lay-by – UNIECO (2)
- CALTEX Skudai Lay-by – UNIECO (1)
LPT2
- R&R Paka (2)
- SHELL R&R Paka (2)
- R&R Perasing (4)
- SHELL R&R Perasing (2)
- R&R Ajil (4)
- R&R Paka (2)
- SHELL R&R Paka (2)
NOTA: TERKINI SEBANYAK 114 POIN PENGECASAN EV DISEDIAKAN DI SEPANJANG LEBUHRAYA PLUS DAN LPT2 BAGI MEMASTIKAN PERJALANAN ANDA LEBIH LANCAR, SELAMAT DAN TERANCANG

Senarai Aplikasi Mengecas EV
Berikut adalah senarai aplikasi mengecas EV yang boleh anda muat turun ke telefon masing-masing:
1. Gentari – Gentari Go
iOS: https://apps.apple.com/in/app/gentari-go/id6464343626
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
2. Setel
iOS: https://apps.apple.com/…/setel-fuel…/id1441424081
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
3. QuickCharge
iOS: https://apps.apple.com/my/app/quickcharge-ev/id6476921030
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
4. TNB Electron (TNBX) – GO TO-U
iOS: https://apps.apple.com/…/go-to-u-ev…/id1175538017
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.go.tou
5. Tesla
iOS: https://apps.apple.com/app/tesla/id582007913
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
6. Shell Recharge Asia
iOS: https://apps.apple.com/…/shell-recharge-asia/id6458189524
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
7. ChargeSINI
iOS: https://apps.apple.com/my/app/chargesini/id6443502334
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
8. JomCharge
iOS: https://apps.apple.com/gb/app/jomcharge/id1480705313
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.evc.app
9. chargEV
iOS: https://apps.apple.com/us/app/chargev/id1587265115
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
10. Renergy
iOS: https://apps.apple.com/my/app/renergy/id6736963239
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
11. EI Charge
iOS: https://apps.apple.com/my/app/ei-charge/id6475749281
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
12. PlugShare
iOS: https://apps.apple.com/…/plugshare-charging…/id421788217
Android: https://play.google.com/store/apps/details…
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai projek MEVnet ini, sila berhubung dengan pegawai bertugas seperti maklumat di bawah:
Unit Smart City,
Pejabat Projek Zon Tengah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 5, Blok F5, Kompleks F, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Email : [email protected]

Soalan Lazim Pengecasan EV
Masa mengecas EV bergantung kepada jenis pengecas dan tahap bateri, tetapi secara umum ia tidak selama yang disangka.
Kebanyakan DC Fast Charging mengambil sekitar 30 minit untuk cas dari 10% ke 80%. Namun, anda tidak perlu tunggu penuh. Cas sekejap pun sudah mencukupi untuk sambung perjalanan.
Terdapat dua jenis utama iaitu pengecas AC (arus ulang-alik) dan DC (arus terus). Pengecas AC biasanya digunakan di rumah atau tempat kerja, manakala pengecas DC digunakan di stesen pengecasan awam untuk pengecasan lebih pantas.
Lokasi pengecas EV boleh didapati melalui aplikasi seperti PlugShare, ChargEV, JomCharge dan juga melalui platform seperti MEVnet yang menyediakan senarai stesen pengecasan di seluruh Malaysia.
Kebanyakan stesen pengecasan menyokong pelbagai jenis EV, namun keserasian bergantung kepada jenis soket seperti Type 2, CCS atau CHAdeMO. Pengguna perlu memastikan port kenderaan mereka sesuai dengan pengecas yang digunakan.
Kos mengecas EV di Malaysia sekitar RM102.30 sebulan di rumah untuk penggunaan 372.8 kW (anggaran penggunaan tinggi), manakala RM50–RM60 boleh capai hingga 345 km untuk sekali full charge di stesen awam, bergantung kepada jenis pengecas yang digunakan.
Ya, anda boleh memasang pengecas AC di rumah. Ia adalah pilihan paling mudah dan menjimatkan untuk kegunaan harian, terutama jika anda mempunyai ruang parkir sendiri.
Ya, pengecasan semalaman adalah selamat kerana sistem EV moden dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti perlindungan suhu dan kawalan automatik untuk mengelakkan terlebih cas.
Anda boleh melaporkan masalah melalui aplikasi penyedia pengecas atau menghubungi talian sokongan mereka. Kebanyakan aplikasi juga menunjukkan status pengecas sama ada aktif atau tidak.
Tidak. Stesen pengecas EV direka untuk tahan cuaca dan selamat digunakan walaupun ketika hujan, selagi ia digunakan mengikut garis panduan keselamatan.
Penggunaan pengecas pantas secara kerap boleh memberi sedikit kesan kepada jangka hayat bateri dalam jangka panjang. Namun, sistem pengurusan bateri moden membantu meminimumkan kesan tersebut.
Baca juga:




