Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 203/2025
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 203 Tahun 2025 atas talian dibuka.
Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
Rujuk artikel ini selanjutnya untuk melihat syarat-syarat dan kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan apabila menyertai Tentera Darat Malaysia.
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 203/2025
SYARAT ASAS PERMOHONAN TENTERA DARAT
- Warganegara Malaysia
- Umur: 18 tahun keatas dan tidak melebihi 25 tahun pada 10 Mac 2025
- Ketinggian minimum lelaki 162cm
- Berat badan minimum lelaki 47.5 kg
- Sihat tubuh badan dan BMI 18.0-26.0
- Syarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
- Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0
- Status perkahwinan: Bujang/kahwin
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
Skim Gaji Kelayakan Akademik
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
- SIJIL TINGGI PELAJARAN SEKOLAH – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
- DIPLOMA IN TEACHING ENGLISH AS SECOND LANGUAGE (TeSL). [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
- DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM – Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
- DIPLOMA DALAM BIDANG KEJURURAWATAN, PERUBATAN, FARMASI, PERGIGIAN, TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN, RADIOGRAFI/RADIOTERAPI, PEMULIHAN PERUBATAN (CARA KERJA)/FISIOTERAPI ATAU KESIHATAN PERSEKITARAN. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA DALAM BIDANG SAINS VETERINAR. [Gaji Permulaan : RM1,960.06]
- DIPLOMA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN, SENI BINA, UKUR BAHAN DAN UKUR TANAH. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Peringatan : Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.
Elaun & Kemudahan Tentera Darat
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Tarikh Permohonan
Tarikh Permohonan Dibuka : 27 November 2024 hingga 23 Disember 2024.
Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2025
1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:
Pautan Permohonan Atas Talian:
1. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn
2. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my/Landing_JMT.php
3. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
__________________________________________
1. Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.
2. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
5. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470
PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
Cara Pendaftaran Online
1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn
- atau
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
4. Kemaskini / isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Portal rasmi Tentera Darat di pautan https://army.mil.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia pada (Hari : Isnin – Jumaat & Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang) di talian:
- 03-4014 0470 / 03-40140 467 / 03-40140468
Baca juga: